Sabah diberitahu jangan bazir duit pindah lapangan terbang
Sabah diberitahu jangan bazir duit pindah lapangan terbang
Sabah mempunyai banyak isu yang lebih mendesak untuk diberi perhatian berbanding penempatan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kata seorang pakar.
Perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan, berkata dalam tempoh beberapa minggu lalu, KKIA menyaksikan purata 38 pendaratan dan 36 pelepasan, bermakna sebuah kapal terbang sama ada akan mendarat atau berlepas setiap 12 minit.
“Di lapangan terbang Heathrow UK, ia adalah sekitar satu (mendarat atau berlepas) setiap dua minit dan di Lapangan Terbang Changi pula satu setiap empat minit,” katanya kepada FMT.
Oleh itu, Rosli berkata, lapangan terbang baharu bukan keutamaan bagi Sabah. Sebaliknya, beliau berkata kerajaan harus membangunkan rangkaian kereta api negeri.
“Jabatan Keretapi Negeri Sabah (SSR) memerlukan lebih banyak sumber, laluan baharu dan kereta api baharu untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan menurunkan kos logistik. Pelaburan dalam SSR akan lebih menguntungkan Sabah.
“Perumahan, termasuk untuk setinggan, bekalan elektrik dan air, jalan luar bandar dan pengangkutan awam untuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, antara perkara segera yang diperlukan rakyat Sabah,” katanya.
Pada Isnin, Qhazanah Sabah Bhd (QSB) mengumumkan hasil kajian kebolehlaksanaan mengenai cadangan penempatan semula KKIA akan dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Sabah hari ini.
QSB, cabang pelaburan strategik kerajaan Sabah, menandatangani memorandum persefahaman dengan pemaju hartanah Berjaya Land Bhd pada Jun tahun lalu untuk meneroka pemindahan KKIA ke Kimanis.
Sementara itu, Adun Moyog, Darell Leiking, berkata beliau tidak bersetuju untuk memindahkan lapangan terbang tersebut kerana ia akan menjadi sukar dan mahal bagi pelancong, khususnya mereka yang berada di luar Kota Kinabalu.
“Sebenarnya, untuk ke KKIA dari Kota Belud, Tuaran atau Ranau sudah menelan kos tinggi dan memakan masa.
“Lapangan terbang sekarang terletak di lokasi strategik dan berdekatan kemudahan serta perkhidmatan kerajaan, termasuk hospital utama negeri. Model Malaysia Barat, seperti Terminal 1 dan 2 KLIA, tidak boleh digunakan di Sabah, terutama Kota Kinabalu,” katanya.
Katanya, pihak berkuasa sebaliknya harus mempertimbangkan langkah alternatif, termasuk kemungkinan memanjangkan landasan semasa dengan menambak laut berhadapan KKIA. FMT
Sabah diberitahu jangan bazir duit pindah lapangan terbang
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.