Penyaluran pertama RM990j lupus hutang FELDA dibuat Selasa lalu – MoF
Penyaluran pertama RM990j lupus hutang FELDA dibuat Selasa lalu – MoF
Penyaluran pertama RM990 juta bagi pelupusan hutang FELDA berjumlah RM8.3 bilion sudah dilaksanakan Selasa lalu.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan hari ini juga mengesahkan dokumen perjanjian dirujuk ‘Assignment for Financial Service Reserve Account’ (FSRA) sudah ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan pada 26 Jun 2023.
Menurut kementerian itu, penyaluran pertama RM990 juta itu adalah selaras dengan peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan MADANI 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.
“Seperti diumumkan melalui siaran akhbar MOF bertarikh 28 Jun 2023, perjanjian ini membabitkan Jaminan Kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada FELDA.
“Ia bagi menstruktur semula pinjaman agensi berkenaan melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA,” menurut MoF.
Di bawah perjanjian, kerajaan akan membiayai pembayaran balik sukuk berkenaan melalui peruntukan geran RM990 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.
“Penyempurnaan perjanjian Jaminan Kerajaan dan penyaluran peruntukan kepada FELDA adalah elemen penting yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kelangsungan agensi berkenaan.
“Ia antara lain mengambil kira impak kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan FELDA berikutan penghapusan hutang peneroka FELDA,” katanya.
Terdahulu, Anwar hari ini mengemukakan dokumen yang ditandatanginya bagi meluluskan pelupusan hutang FELDA berjumlah RM8.3 bilion seperti dituntut bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Serentak itu, beliau turut mendesak Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden BERSATU itu memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan.
Tindakan itu menyusul selepas Muhyiddin mengemukakan surat tuntutan (LoD) kepada Anwar berhubung kenyataan mengenai pelupusan hutang peneroka FELDA, selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Perdana Menteri.
LoD disediakan firma guaman, Rosli Dahlan Saravana Partnership bertarikh 18 Julai 2023 itu dihantar ke dua alamat Anwar, iaitu kediamannya di Kajang, Selangor dan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Tuntutan lain oleh Muhyiddin ialah Perdana Menteri mengemukakan surat atau dokumen yang Anwar tandatangan sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun 2023 bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka FELDA bernilai RM8.3 bilion.
Ahli Parlimen Pagoh itu memberi tempoh 24 jam kepada Perdana Menteri, selain turut menuntut Anwar menarik balik semua kenyataan fitnah dan memadamkan penyiaran dari akaun Facebook serta laman web, platform ia disiarkan.
Anwar juga dituntut membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis serta menyiarkan permohonan itu di akaun Facebook dan semua platform kenyataan yang didakwa fitnah yang disiarkan. BH
Penyaluran pertama RM990j lupus hutang FELDA dibuat Selasa lalu – MoF
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.