Kereta ‘dipanjat’ warga asing dakwa dilanggar
Kereta ‘dipanjat’ warga asing dakwa dilanggar
Kuala Lumpur: “Saya sangat terhutang budi pada lelaki India berkenaan yang sudi membantu dalam kejadian menakutkan itu dan tanpa dia saya tak tahu apa akan berlaku,” kata Tazliana Musa.
Tazliana, 29, berdepan detik cemas hampir lima minit apabila bonet keretanya dinaiki seorang lelaki warga asing tidak dikenali di Bulatan Pandan, di sini, Isnin lalu.
Video kejadian itu juga tular di media sosial sejak semalam, memaparkan seorang lelaki warga asing tiba-tiba memanjat bonet dan memerhati bahagia dalam kereta wanita berkenaan.
Tazliana berkata, kejadian berlaku pada 6.45 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu pelanggan di Kuala Lumpur sebelum lelaki asing itu tiba-tiba memanjat bonet keretanya ketika di bulatan berkenaan.
Menurutnya, sebelum itu dia menyedari lelaki berkenaan duduk di tepi jalan, namun mengakui laluan keretanya tidak mengganggu individu itu.
“Saya perlahankan kereta di bulatan dan entah macam mana tiba-tiba lelaki itu berlari ke kereta menyuruh saya berhenti sebelum naik bonet dan cakap ‘you hit me’ (awak langgar saya) berulang kali serta memerhati bahagian dalam kereta saya.
“Lelaki itu ketawa, bercakap sendiri seperti tidak waras atau mungkin mabuk. Saya tak pasti kalau itu taktik untuk ambil kesempatan, gangguan seksual atau samun kerana saya memandu seorang diri saja ketika itu.
“Saya yang ketakutan dan panik terus ambil telefon rakam dia serta menjerit dengan harapan kereta di sebelah dapat membantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dia mendakwa ketika itu jalan berkenaan dilalui banyak kenderaan, namun tiada yang berhenti membantu biarpun menyedari kejadian itu kerana cermin keretanya tidak gelap membolehkan kenderaan lain melihatnya meminta bantuan.
LELAKI berbaju merah membantu Tazliana yang berdepan detik cemas apabila lelaki warga asing tidak dikenali tiba-tiba naik ke bonet keretanya. FOTO Ihsan Tazliana Musa
“Saya memang cemas, panik dan takut dengan kejadian itu sebelum seorang lelaki India menunggang basikal dan memakai baju T-Shirt berwarna merah berusia dalam lingkungan 20-an sudi membantu saya.
“Lelaki itu menarik lelaki warga asing berkenaan turun dari bonet kereta saya dan bawanya ke tepi. Dia beri laluan dan suruh saya jalan.
“Saya yang masih takut terus memandu keluar dari bulatan itu tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara hari sama.
Menurut Tazliana, sejak videonya tular ada individu memberitahu lelaki berkenaan berkerja di sebuah stesen minyak berhampiran kawasan berkenaan dan dia berharap dapat berjumpa lelaki itu untuk berterima kasih kepadanya.
“Saya sangat menghargai bantuan lelaki itu kerana dalam ramai-ramai dia yang sudi membantu dan saya juga masih menunggu ibu bapa datang untuk ke kami ke sana mencarinya kerana saya masih trauma nak ke sana seorang diri,” katanya. HM
Kereta ‘dipanjat’ warga asing dakwa dilanggar
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)