Bukan didera, pembantu rumah bawa lari harta benda majikan – Polis Johor
Bukan didera, pembantu rumah bawa lari harta benda majikan – Polis Johor
Polis menafikan dakwaan seorang wanita warga asing bahawa dia didera majikannya dan terpaksa melarikan diri seperti dalam video yang tular di media sosial sejak semalam.
Menurut Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat, wanita warga asing berusia lingkungan 30-an itu didapati sebenarnya melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Pelangi di sini, bersama pelbagai barangan milik majikan serta wang tunai.
“Pada 10.48 malam semalam, polis menerima laporan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun memaklumkan pembantu rumahnya, seorang wanita warga asing melarikan diri bersama barangan berharga dan wang tunai miliknya, keseluruhannya bernilai RM10,850.
“Pembantu rumah itu didakwa melarikan diri dari rumah majikannya pada 11.21 pagi kelmarin,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Semalam, tular video dimuat naik seorang pemandu e-panggilan menunjukkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemuinya di tepi jalan sambil menangis, meminta bantuan.
Pemandu itu mendakwa wanita terbabit mengalami trauma akibat dipukul dan tidak diberi makan oleh majikannya.
Terdahulu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mengesahkan menerima kehadiran wanita warga asing itu kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin.
Konsul Bahagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI Johor Bahru Rizali Noor berkata, wanita itu didapati tiba di Malaysia pada 15 Jun lalu, namun nama serta alamat majikan atau agensi yang terbabit tidak diketahui.
“Dia mengaku bekerja selama dua minggu dan diseksa majikan sebelum bertindak melarikan diri dari rumah majikannya kelmarin,” katanya.
Menurutnya, pihaknya sudah melakukan proses menghantar pulang wanita itu selepas membantu pengurusan pas khas dan “check-out memo” Jabatan Imigresen. HM
Bukan didera, pembantu rumah bawa lari harta benda majikan – Polis Johor
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.