Peguam Negara lantikan PN nafikan Sanusi dikenakan pendakwaan terpilih

Jabatan Peguam Negara menafikan melakukan pendakwaan terpilih atau penganiayaan politik terhadap mana-mana individu.

Peguam Negara, Idris Harun berkata keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan, dan bukannya atas desakan mana-mana pihak atau faktor yang lain.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduhdan orang awam memperolehi keadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.



“Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih (selective prosecution), bermotif politik dan penganiayaan (persecution) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang

“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu itu akan didakwa oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang orang yang didakwa,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membidas tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor, dengan menyifatkannya sebagai pendakwaan terpilih dan penganiayaan politik.

Tanpa menyebut sebarang nama, Hamzah berkata ada ahli politik bukan dari PN yang turut membuat kenyataan menghasut tetapi tidak dikenakan tindakan.



PAS Kedah turut menyifatkan pendakwaan ke atas Sanusi sebagai pendakwaan terpilih “ala diktator”.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya berkata, pihaknya kekal dengan prinsip mempertahankan Sanusi yang berterusan diserang pimpinan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Semalam Sanusi dihadapkan atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.



Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sanusi bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Selain itu tindakan pihak polis menahan Sanusi pada jam 3 pagi semalam turut mengundang reaksi pelbagai pihak, termasuk ahli parlimen Pakatan Harapan sendiri.

Hamzah menyifatkan operasi sebelum subuh itu sebagai “berlebihan” dan mendakwa polis bersubahat dalam “dendam politik”.



Ketika mempertahankan penahanan itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mendakwa pegawainya cuba menghubungi Sanusi dan pembantunya tetapi panggilan mereka ditolak.

Walaupun pihak berkuasa bertindak pantas dalam kes ini, Dr Mahathir Mohamad yang turut disiasat sebelum ini berhubung kenyataan terhadap institusi diraja, masih belum menghadapi sebarang pendakwaan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Jun.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang gabungannya sebelum ini menentang Akta Hasutan, kini mempertahankan penggunaan undang-undang drakonian itu terhadap Sanusi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker