Bawa lari harta benda majikan, bukan kes dera

PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan seorang wanita warga asing bahawa dia didera majikannya dan terpaksa melarikan diri seperti dalam video yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat, wanita warga asing berusia lingkungan 30-an itu didapati sebenarnya melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Pelangi di sini, bersama pelbagai barangan milik majikan serta wang tunai.

“Pada 10.48 malam semalam, polis menerima laporan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun memaklumkan pembantu rumahnya, seorang wanita warga asing melarikan diri bersama barangan berharga dan wang tunai miliknya, keseluruhannya bernilai RM10,850.

“Pembantu rumah itu didakwa melarikan diri dari rumah majikannya pada 11.21 pagi kelmarin,” katanya, lapor Harian Metro.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular video dimuat naik seorang pemandu e-panggilan menunjukkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemuinya di tepi jalan sambil menangis, meminta bantuan.

Pemandu itu mendakwa wanita terbabit mengalami trauma akibat dipukul dan tidak diberi makan oleh majikannya.

Terdahulu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mengesahkan menerima kehadiran wanita warga asing itu kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin.

Konsul Bahagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI Johor Bahru Rizali Noor berkata, wanita itu didapati tiba di Malaysia pada 15 Jun lalu, namun nama serta alamat majikan atau agensi yang terbabit tidak diketahui.

“Dia mengaku bekerja selama dua minggu dan diseksa majikan sebelum bertindak melarikan diri dari rumah majikannya kelmarin,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah melakukan proses menghantar pulang wanita itu selepas membantu pengurusan pas khas dan “check-out memo” Jabatan Imigresen.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker