Kena bincang dengan bapa dahulu – Afiq Annuar Musa

Kena bincang dengan bapa dahulu – Afiq Annuar Musa

Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Afiq Amani Annuar akan berbincang dengan keluarga sekiranya namanya dicalonkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bersaing dengan bapanya, Tan Sri Annuar Musa.

Menyifatkan tujuan menjadi calon PRN tiada dalam fikirannya, Afiq Amani menegaskan keputusan yang diambil nanti tidak boleh dibuat berseorangan.

“Sebenarnya jadi calon (PRN) tiada dalam pemikiran saya kerana saya hanya berkhidmat selepas pegang jawatan (ketua pemuda).

“Tapi kalau perkara itu (jadi calon dan bersaing dengan bapa) berlaku, saya kena fikirkan, kena bincang dengan keluarga, saya ada isteri dan anak-anak, jadi keputusan itu tidak boleh dibuat saya seorang..jadi kita tunggu lah masa itu (pengumuman calon),” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Mengakui pengalamannya masih terlalu sedikit dalam arena politik, Afiq Amani berkata, jika Barisan Nasional (BN) serius untuk menang, masih ramai lagi calon yang layak.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan bagi memastikan parti itu mendapat kemenangan dalam PRN nanti.

“Ambo (saya) ni pengalaman sangat kurang, baru beberapa bulan jadi Ketua Pemuda UMNO, banyak lagi kena belajar.

“Kalau serius nak menang, ramai lagi calon yang layak, terpulang kepada pucuk pimpinan, biar mereka putuskan apa yang terbaik untuk BN supaya boleh memenangi sebanyak mungkin kerusi dalam PRN,” katanya yang ditemui di pekarangan Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan selepas berucap dalam Pentas Pemuda Perpaduan Kelantan.

Ditanya mengenai hubungan dengan bapanya yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO dan kini menjadi Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Afiq Amani berkata, mereka berdua sangat profesional dan masing-masing tahu perjuangan dalam parti.

Beliau berkata, tiada berlaku sebarang perselisihan faham walau berbeza parti politik, sebaliknya mereka kerap bercakap mengenai persamaan berbanding melihat kepada perbezaan perjuangan parti politik masing-masing.

“Saya selaku orang dewasa, dia pun hormat keputusan saya, dia sangat matang. Saya tahu perjuangan dia, dia pun tahu perjuangan saya jadi tiada masalah.

“Mungkin pergaduhan itu sebenarnya adalah berlaku di pihak atasan, namun saya tidak terlibat di pihak atasan tapi saya tahu kami berdua mahu yang terbaik untuk Kelantan, Islam dan bangsa Melayu, rakyat Malaysia secara am.

“Kita banyak bercakap mengenai persamaan berbanding tengok perbezaan, setakat ini alhamdulillah tiada masalah kerana dia pun tahu saya sebagai orang dewasa, mahu saya berfikir sendiri,” katanya. BH

Kena bincang dengan bapa dahulu – Afiq Annuar Musa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker