Syamel dianaktiri, serik layanan tidak adil?

KUALA LUMPUR: Keputusan penyanyi bersuara lunak, Syamel meninggalkan syarikat rakaman, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan memilih label, Warner Music Malaysia sebagai payung baharu mencetuskan tanda tanda.

Meskipun kisah artis bertukar syarikat rakaman bukanlah perkara asing, namun khabar bertiup kencang, tindakan penyanyi Hidup Dalam Mati itu berkaitan dengan perasaan kecewa dan tidak puas hati kerana dianaktirikan.

Sejauh manakah kebenaran Syamel tidak mahu kerjaya seninya terganggu dek pengurusan yang didakwa tidak profesional, selain serik dengan layanan tidak adil.

Ia menyebabkan Syamel enggan menyambung kontrak dan memilih keluar label berkenaan.

Malah, keputusan isterinya, Ernie Zakri yang juga artis Rocketfuel Entertainment untuk bernaung di bawah Universal Music Malaysia seolah-olah mengukuhkan lagi kelemahan pengurusan label milik Astro itu.

Syamel yang juga calon Top 5, kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 berkata, dia sedar popularitinya agak suram sejak akhir-akhir ini.

“Saya sedar perkara ini dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Ia berlaku kerana saya tiada lagu yang cukup kuat dan boleh memberi impak.

“Kalau nak sangkut dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, sekurang-kurangnya kena adalah satu lagu berhantu, barulah berbaloi,” katanya kepada BH Online.

Mengulas mengumumkan menjadi artis naungan Warner Music disebabkan kecewa kerana dianaktirikan, Syamel berkata, keputusan berhijrah bukan sebab kecewa.

“Saya nak cabar diri dan keluar zon selesa. Selepas tamat program realiti, Akademi Fantasia pada 2015, saya tidak pernah sertai mana-mana syarikat rakaman selain milik Astro.

“Memandangkan sudah lapan tahun bersama Astro, saya merasakan sudah tiba masa untuk terokai perkara baharu.

“Secara kebetulan, saya dilamar Warner Music yang juga label antarabangsa, jadi saya sifatkan tawaran ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

“Kami profesional kerana penghijrahan ini berlaku secara harmoni dan tidak bermasam muka,” katanya.

Adakah benar kurang diberi perhatian dan lagu tak dipromosikan menjadi penyebab, Syamel berkata, dia tidak salahkan mana-mana pihak, malah sepanjang lapan tahun bersama pengurusan banyak juga kenangan manis dilalui bersama.

“Banyak ilmu atau pengalaman yang saya timba daripada mereka.

“Antaranya, saya kena berdikari dan tidak boleh mengharapkan mereka 100 peratus. Semua ini bekalan untuk saya hadapi cabaran baharu bersama Warner Music,” katanya.

Mengulas dakwaannya dengan Ernie berpakat keluar serentak dari Rocketfuel Entertainment, Syamel hanya ketawa.

“Tidaklah. Ernie ada alasan sendiri dan begitu juga saya. Kami ada visi dan misi. Demi kelangsungan kerjaya seni, kami cuba mencari solusi yang terbaik.

“Macam saya, sudah lapan tahun bersama label berkenaan. Bila sudah terlalu lama, mesti saya ada rasa nak timba pengalaman baharu dan suasana kerja yang berbeza. Lagipun, Warner Music menjanjikan boleh terima pandangan dan cita rasa muzik saya,” katanya.

Mengulas kejayaan menembusi kelompok Top 5, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular ABPBH 35, Syamel berkata, dia tidak sangka nama mereka tersangkut dalam kategori ini.

“Saya bersyukur, manalah tahu ada rezeki, kami dapat mengulangi kejayaan yang pernah diraih pada ABPBH 31.

“Apapun, Syamel nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong kami sejak zaman bujang, bercinta, berkahwin sehinggalah sudah mempunyai cahaya mata.

“Barangkali sokongan yang diberi ada kaitan dengan sikap kami yang begitu berhati-hati dalam setiap entri yang dimuat naik dalam media sosial. Status suami isteri bukanlah tiket untuk kami berkongsi apa sahaja hantaran terutama mempamerkan kemesraan yang keterlaluan.

“Saya tahu ramai yang tidak suka dan berasa muak perkongsian seperti ini hingga mengakibatkan kami dikecam. Justeru, kami memang mengambil pendekatan memuat naik apa yang disifatkan bersesuaian supaya tiada perkara berbangkit pada kemudian hari,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker