Anwar lihat fail di MOF, memang tidak ‘terjangkau’ apa yang PN lakukan semasa menjadi kerajaan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk tidak bersikap defensif terhadap serangan yang dibuat pihak lawan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno tidak boleh mengalah sebaliknya perlu melawan dan menyerang mereka kembali habis-habisan.
“Dulu propaganda dia (Perikatan Nasional) ‘bersih’ dan kita pula tak jawab banyak, rupa-rupanya tertanam di sebahagian anak-anak muda kita, memang betul ‘bersih’.
“Saya Menteri Kewangan, tengok fail-fail, saya dulu ketua pembangkang, memang serang kuat, tapi tak terjangkau apa yang mereka lakukan, dengan perjudian haram, orang kata biasa, masa PN naik kepada 22 dengan PAS dan Bersatu di situ.
“Masa kita, saya dengan Zahid (Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi) di antara langkah pertama kita turunkan kembali kepada lapan…ini bukan perkara kecil,” katanya semasa berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, dekat Gurun, Kedah semalam.
Anwar berkata dalam masa lapan bulan memerintah negara, banyak masalah yang telah dan sedang diselesaikan kerajaan membabitkan pelbagai bidang termasuk pertanian dan pengangkutan.
Beliau berkata ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, belum pernah ada pertelagahan dalam soal untuk memartabatkan Melayu dan Islam walaupun ada pihak yang mempersoalkan perkara itu.
“Prinsip perlembagaan yang disepakati (oleh Kerajaan Perpaduan) tidak pernah dikorbankan, ini dok cerita di luar bahawa pimpinan Kerajaan Perpaduan ini akan khianat amanah bangsa.
“Bagi satu contoh di mana kita khianati Islam, bagi satu contoh di mana kita abaikan nasib orang Melayu, tidak ada, yang ada propaganda jahat dan fitnah di luar, saya minta rakyat Kedah bangkit dan tolak fitnah, tolak khianat ,” katanya.
Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail serta beberapa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang lain.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cabul anak tiri kerana isteri kerap main phone
- Tengku Permaisuri Selangor Dipuji Cantik Berhijab Lepas Balik Dari Haji
- Banglo saya tak sampai RM1 juta pun – Abang Sanusi
- Sanusi tak mahu komen
- 7 bulan kerajaan perpaduan, tiada isu ancam Islam seperti era PH di bawah Mahathir – Shahrir
- Jaguar yang dipinjamkan pada Anwar tidak menggunakan dana Yayasan Aman
- Cat Farish dapat kejutan kenduri besar
- Potong zakar sendiri, buang dalam tandas
- Rangka makhluk aneh menyerupai ikan duyung ditemui wanita jadi tanda tanya
- Penangan Ustaz Somad, 50,000 banjiri Dataran Sejarah
- Mahathir kritik prestasi Anwar, menteri ‘tak buat apa’
- Bunuh rakan kerana sering pinjam, curi duit
- Mission Impossible 7, satu lagi ‘keajaiban’ Tom Cruise
- Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih
Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda
You must be logged in to post a comment.