Mangsa jatuh kondo pelajar UiTM

UiTM mengesahkan mangsa yang maut terjatuh dari sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini semalam merupakan pelajar mereka.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, mangsa merupakan pelajar semester lima Kolej Alam Bina kampus Shah Alam dan menyewa sendiri kediaman di luar kampus.

“Pihak kami mengetahui kejadian tersebut petang semalam dan telah maklumkan kepada keluarganya pada hari sama dengan mereka sudah berada di hospital.



“Pemakluman juga telah dibuat kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya selepas menghadiri Program Semarak Siswa Madani (SSM) UiTM Shah Alam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, di sini, hari ini.

Jelas beliau, pihaknya akan menyalurkan bantuan termasuk RM10,000 dan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa selain menyediakan van jenazah bagi proses pengebumiannya.

“Saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana pihak polis sedang menyiasat kes ini. Hormati sensitiviti keluarga mangsa kerana mereka pasti berduka mengenai apa yang berlaku,” ujarnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan seorang pelajar universiti awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, semalam.



Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.47 petang dengan mangsa merupakan seorang wanita berusia 23 tahun

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker