Lori tangki rempuh bas penumpang, kanak-kanak lelaki maut

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dalam kemalangan membabitkan bas henti-henti dengan lori tangki di Bandar Chaah, Segamat pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah klinik berhampiran.

Ketua operasi bomba Labis Hairishah Wahid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.13 pagi.



Katanya, berdasarkan laporan awal, bas yang membawa tiga penumpang itu dipercayai dirempuh lori tangki berkenaan selepas keluar dari simpang berhampiran lampu isyarat dari arah Chaah ke Yong Peng.

“Seorang penumpang wanita berusia 45 yang juga ibu kanak-kanak berkenaan patah kaki kanan sementara seorang lagi wanita mengalami sakit di bahagian dada serta sesak nafas,” katanya, menurut Harian Metro.

Menurutnya, pemandu lori dan bas masing-masing berusia 65 dan 62 tahun itu pula mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker