Gerakan tidak puas hati dengan sikap retorik perkauman PAS

Akar umbi Gerakan dikatakan berbelah bahagi tentang menjadi komponen Perikatan Nasional kerana PAS semakin lantang memainkan retorik berbaur perkauman dan keagamaan.

Sumber dalam parti mendakwa ramai ahli Gerakan tidak berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan daripada PAS yang rata-rata menyasarkan orang bukan Melayu dan bukan Islam.

“Ahli-ahli yang tak berpuas hati tidak mahu parti ini dikaitkan dengan PAS,” kata sumber.



Bagaimanapun mereka itu juga tidak mahu mendesak parti keluar PN kerana tidak mahu mencetuskan masalah, tambahnya.

Menurut sumber, hasil PRU 2022 menunjukkan hubungan dengan PAS menyebabkan pengundi bukan Melayu menjauhi Gerakan.


Baca Artikel Menarik:

KJ nasihat Sanusi jaga adab, Shahril kata Sanusi Cuai




“Beberapa pengundi beritahu saya, ‘saya suka calon kamu tapi tak mahu sokong sebab kamu bersama PAS’. Senarionya seperti ketika kami berkempen bersama Umno pada PRU14.”

Menurut sumber lagi, ramai juga mahu Gerakan kekal bersama PN, kerana mahu memanfaatkan kekuatan PAS yang mempunyai penyokong yang ramai.

Pada PRU lalu, PAS menang 49 kerusi – yang tertinggi dalam kalangan parti yang bertanding.

Dalam pada itu, sumber berkata ahli yang cenderung ke arah kekal bersama PAS sudah biasa dengan pendekatan PAS, terutama di Kelantan dan Terengganu.



“Gerakan di Kedah suka bersama PAS kerana mereka akan menjadi kerajaan negeri (sekiranya PN berjaya pertahankan Kedah).”


Baca Artikel Menarik:

Melaka halang Penganjuran ‘Ratu Pondan’


Kelompok sama juga merasakan Gerakan kini lebih menonjol berbanding ketika bersama Barisan Nasional, yang menurutnya menganggap Gerakan sebagai “parti kecil” dan tidak sepenting MCA.



Sementara itu, seorang lagi sumber parti memaklumkan rata-rata ahli sepakat Gerakan tidak lagi boleh menjadi “kuasa ketiga” selepas ini seperti ketika ia meninggalkan BN pada 2018.

Katanya, PN berbeza dengan BN kerana ia mengambil berat pandangan Gerakan.

“Kami diberi kebebasan untuk bersuara dalam mesyuarat PN. Ia tidak begitu ketika bersama BN kerana Umno seolah-olah ‘taiko’ (abang long),” katanya.

“Kami boleh bersuara tapi kata putus di tangan Umno. Dalam PN, Pengerusi Muhyiddin Yassin akan minta pandangan kami,” katanya.



Baru-baru ini, ketua Gerakan Wilayah Persekutuan Lau Hoi Keong berkata beliau akan mengkaji semula keanggotaan partinya dalam PN sekiranya terpilih sebagai presiden parti pada pemilihan akan datang.

Gerakan tidak puas hati dengan sikap retorik perkauman PAS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Tengku Permaisuri Selangor Dipuji Cantik Berhijab Lepas Balik Dari Haji




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker