Muhyiddin diselar bankrap idea

Niat Muhyiddin ternak ayam bukti pelan subsidi bersasar tepat

Muhyiddin diselar bankrap idea

PKR hari ini menyelar Muhyiddin Yassin sekali gus PN kerana dianggap sebagai bankrap idea selepas masih bercakap mengenai isu bekalan telur sebagai modal politik.

Pengarah Komunikasi PKR Ahli Lee Chean Chung berkata selaku pengerusi PN Muhyiddin perlu faham bukan semua rakyat memiliki kebun ataupun ada halaman rumah luas sehingga boleh menternak sehingga 40 ekor ayam seperti dilakukan Muhyiddin.

“Tambahan pula bukan semua orang boleh menternak ayam sesuka hati seperti Muhyiddin dan tidak disaman oleh pihak berkuasa tempatan.

“Hakikat bahawa Muhyiddin masih melayan isu telur menunjukkan PN sudah bankrap idea untuk membantu rakyat dan tidak ada isu lain yang boleh dipermainkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Muhyiddin menyatakan dia mula menternak ayam penelur di kebunnya bagi kegunaan sendiri sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa berdasarkan kajian empirikal yang dilakukan sekumpulan penyelidik ke atas 1,200 responden mendapati, masalah yang paling ketara didepani rakyat ialah kos sara hidup.

“Jawapan yang paling jelas adalah masalah pertama, adalah masalah kos sara hidup, masalah harga makanan yang tidak berhenti-henti, masalah bekalan makanan tak cukup, sampai telur pun tak cukup.

“Saya sudah mula pelihara ayam telur di kebun saya, satu hari 40 biji telur. Saya nak tunjuk boleh selesai masalah kalau kita usahakan sendiri,” katanya seperti laporan Sinar Harian, semalam.

Menurut Lee kenyataan Muhyiddin itu membuktikan usaha kerajaan perpaduan untuk melaksanakan subsidi bersasar adalah betul.

Jelasnya, setakat ini orang kaya seperti Muhyiddin masih menikmati subsidi ayam dan telur seperti rakyat biasa.

“Padahal golongan seperti Muhyiddin yang mampu menjadi penternak di rumah sendiri, adalah tidak layak menikmati sebarang subsidi dari kerajaan.

“Sewaktu kerajaan membincangkan isu subsidi bersasar, PN yang paling lantang menolak idea tersebut.

“Sekarang rakyat boleh menilai, PN yang muflis idea ini yang juga mempertahankan dasar subsidi untuk orang kaya, rupanya untuk kepentingan diri sendiri.

“Lebih menyedihkan adalah sebagai blok pembangkang yang mempunyai ramai bekas menteri-menteri dan perdana menteri, apa yang dicadangkan adalah menternak ayam sendiri di kebun,” katanya.

Dia yang juga ahli parlimen Petaling Jaya menambah sindiran yang cuba dibuat Muhyiddin kepada kerajaan hanyalah ‘telur’ umpana meludah ke langit yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri.

Tegas Lee, selepas kerajaan perpaduan memerintah, didapati masalah kekurangan telur bermula sejak Nov 2022 dan membabitkan 157 juta biji telur ayam.

“Siapa kerajaan pada masa itu? Tidak lain tidak bukan PN. Jika pada waktu itu Muhyiddin prihatin dengan rakyat, sudah tentu kerajaan boleh buat sesuatu untuk berhadapan dengan isu tersebut, dan bukan untuk mengumpul dana bagi akaun partinya sahaja.

“Muhyiddin juga kena sedar bahawa keadaan cepat bertambah baik sejurus selepas kerajaan perpaduan mengambil alih, dan sekarang pasaran memang jarang sekali menghadapi kekurangan telur,” katanya. Mk

Muhyiddin diselar bankrap idea

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker