MIC tak boikot, tetap sokong BN – Saravanan

MIC tak boikot, tetap sokong BN – Saravanan

Keputusan MIC dan MCA memberi laluan kepada Umno untuk bertanding dalam PRN di enam negeri pada bulan depan kerana berpendapat peluang parti itu untuk menang adalah lebih cerah, kata Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Saravanan berkata, tidak timbul soal memboikot Barisan Nasional (BN) atau pilihan raya nanti selepas dua parti komponen tersebut memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN itu.

Sebaliknya kata Saravanan, keputusan konsensus dan dibuat berdasarkan peluang calon Umno yang dilihat lebih cerah untuk memenangi setiap kerusi DUN, yang bakal ditandingi BN.

“Keputusan itu pernah dilakukan sebelum ini, iaitu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland pada 2019, yang menyaksikan kerusi tradisi MIC diberikan kepada calon Umno dan berjaya dimenangi BN.

“Tidak timbul soal kita memboikot (PRN)…kita ambil semangat atau ‘spirit’ Cameron Highland (PRK)…kita lihat peluang Umno menang lebih cerah…jadi kita beri laluan pada mereka bertanding,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Menurut Saravanan, kemenangan BN adalah lebih penting daripada kemenangan parti secara individu.

Saravanan berkata walaupun MIC dan MCA tidak bertanding, namun sebagai parti komponen BN, jentera masing-masing akan menyokong dan membantu sepenuhnya kempen calon UMNO, bagi memenangi PRN itu.

Senada dengan beliau, Timbalan Presiden MCA Dr Mah Hang Soon juga menegaskan MCA akan terus menyokong calon BN dan memastikan kemenangan di setiap kerusi DUN yang ditandingi.

Sebelum ini, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan depan, bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16.

Suruhanjaya Pilihan Raya pada Khamis lalu, mengumumkan PRN di enam negeri itu dijalankan secara serentak, dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. FMT

MIC tak boikot, tetap sokong BN – Saravanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker