Lakukan ini apabila bermimpi Rasulullah s.a.w.

Lakukan ini apabila bermimpi Rasulullah s.a.w.

Ramai yang keliru apabila bermimpi Rasulullah s.a.w. bolehkah ia diceritakan kepada orang lain atau perlu hanya diamkan sahaja. Mengulas perkara ini, menurut Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Khader Ahmad berpendapat lebih baik diamkan sahaja.

Ini kerana jika diceritakan pada orang, maka akan timbul perkara lain yang lebih rumit, sepertinya mendatangkan fitnah dan ancaman dari orang lain termasuk orang kafir.

Selain itu, jika ingin juga menceritakan kepada orang lain, perlu dilihat pada tujuan dan situasi orang yang bercerita. Jika bercerita itu untuk memberi penerangan kepada orang lain akan hadis yang disebut oleh Nabi s.a.w dan bertujuan untuk memberi ilmu pada pendengar, dibolehkan.

Begitu juga tujuan menceritakan pada orang lain kerana ingin mendapat kepastian dan bertanya pandangan alim ulama, maka tidak menjadi kesalahan. Ianya sama juga jika seseorang ulama itu berdepan dengan situasi getir, seperti setiap hari diasak, digesa, dan dipaksa supaya menceritakan berkenaan mimpi tersebut, maka perbuatan itu tidak mendatangkan kesalahan.

Namun, jika hal sebaliknya berlaku, seperti bercerita untuk tujuan mendabik dada, riya’, takabbur dan lain-lain sifat mazmumah, maka lebih baik diam sahaja. Apatah lagi jika ianya diceritakan dengan maksud untuk mengeksploitasi atau mempergunakannya dengan tujuan menipu manusia supaya patuh kepadanya. Ataupun melakukan apa-apa yang bertentangan dengan dasar-dasar syariat, terutama al-Quran dan as-Sunnah.

Kalau mimpi, itu bonus

Berikutan ada kenyataan dari penyokong pihak tertentu yang mempertahankan tok guru mereka, meskipun apa yang disebut oleh guru tersebut tidak benar. Mereka yang menyokong berpegang pada hujah, guru mereka istimewa disebabkan antara insan yang dipilih oleh Allah untuk berjumpa dengan Nabi melalui mimpi.

Oleh itu, bagi mendapatkan keterangan akan apakah ada perkara atau ganjaran istimewa bagi mereka yang diberi peluang oleh Allah berjumpa nabi melalui mimpi, Dr. Khader menyatakan mimpi adalah rezeki dan anugerah daripada Allah.

Orang yang bermimpi berjumpa Nabi adalah kerana usaha keras mereka menghidupkan sunnah nabi dan juga taat pada perintah Allah. Maka Allah memberi ganjaran kepadanya untuk melihat lebih awal daripada umatnya yang lain.

Namun itu tidak bermakna, sesiapa yang tidak pernah bermimpi jumpa dengan Rasulullah s.a.w ketika hidupnya tidak berpeluang bersama nabi kelak, tetapi sebagai umatnya, kita semua akan dikumpulkan bersama-sama di padang masyar kelak, dan bakal masuk syurga bersama.

Ianya jika kita mencintai nabi dan mengamalkan segala sunnahnya ketika hidup. Ini janji Rasulullah s.a.w seperti sabdanya dari Anas bin Malik r.a.

“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w “Bilakah hari kiamat berlaku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, Dr. Khader juga mengingatkan tidak salah untuk meminta dari Allah supaya diberi peluang agar dapat berjumpa Nabi semasa hayat kita walaupun dalam mimpi. Cuma ianya terserah pada Allah untuk memperkenankan atau tidak akan permintaan hambaNya itu. Anggapkan dapat bertemu dengan Nabi s.a.w dalam mimpi itu sebagai ‘rezeki’ kurniaan Allah untuk memantapkan lagi keimanan kita kepada ajaran yang dibawanya itu.

Ia diumpamakan seperti konsep pahala dan neraka. Jika pahala sedekah itu nampak nilainya, maka setiap dari Muslim pasti tidak akan bersedekah RM1, tetapi dengan jumlah yang lebih tinggi untuk mendapatkan ganjaran dari Allah Taala.

Begitu juga jika dilihat pada pedihnya seksa neraka, maka tiada orang yang akan berbuat dosa atas dunia ini. Dalam hal ini, bila kita diberi peluang berjumpa dengan Nabi s.a.w. walau dalam mimpi, maka meningkatlah keimanan kita kepadaNya dan melaksanakan segala sunnah Rasulullah s.a.w. Itu yang sewajibnya. Wallahu a’lam Utv

Lakukan ini apabila bermimpi Rasulullah s.a.w.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker