Resepi Udang Butter Bawang Putih Juicy

Resepi Udang Butter Bawang Putih Juicy

Tiada idea nak masak apa menggunakan udang? Kalau dah bosan asyik masak udang kunyit dan udang celup tepung je, apa kata kali ini jom cuba Resepi Udang Butter Bawang Putih ini pula.

Guna bahan mudah dan cara memasaknya juga sangat senang, tapi rasa dia lazat yang amat! Wajib buat kalau nak tahu macam mana rasa dia.

Ikut saja cara-cara penyediaannya di bawah. Resepi hasil perkongsian oleh Shidah Daud. Selamat mencuba!

Cara Buat Udang Butter Bawang Putih

Bahan-bahan:

Udang
Butter
Garam
Chili flakes
Lada hitam
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Cili hijau
Daun kari
Daun ketumbar
Sedikit serbuk kunyit
Jus perahan lemon
Susu cair
Cheddar cheese

Cara-cara:

1. Gaul udang dengan sedikit garam, chili flakes dan serbuk lada hitam. Masak sekejap dengan butter sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis 1 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 tangkai cili kering, 5 biji cili hojau, daun kari dan sedikit daun ketumbar.

3. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perahan jus lemon.

4. Tuangkan sedikit susu cair secukupnya.

5. Kemudian masukkan udang yang separuh masak tadi.

6. Akhir sekali, masukkan 1 keping cheese cheddar. Kacau rata.

7. Siap, selamat mencuba!
Kredit: Shidah Daud

Resepi Udang Butter Bawang Putih Juicy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker