PRN: Pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun paling ramai di Selangor – SPR
Bilangan pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun di Selangor sebanyak 274,194 orang direkodkan paling ramai berbanding di negeri lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menunjukkan kumpulan pengundi muda bagi had umur itu kedua tertinggi ialah di Kedah iaitu 104,284 pengundi, Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264), manakala Negeri Sembilan (55,017).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengundi kumpulan itu seramai 661,905 orang.
Selangor juga menjadi negeri yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar tertinggi iaitu 3,747,057 orang diikuti Kedah dan Kelantan masing-masing 1,585,085 dan 1,411,912 orang.
Bagi kumpulan pengundi berumur 90 tahun dan ke atas pula, seramai 28,991 layak mengundi dengan Selangor mempunyai 8,638 orang, diikuti Pulau Pinang (6,152), dan Kedah (4,799).
Sementara itu, daftar pemilih sama menunjukkan pengundi berusia 21 hingga 29 tahun menjadi kumpulan paling ramai di keenam-enam negeri berkenaan dengan jumlah 2,169,120 pengundi, diikuti pengundi berusia 30 hingga 39 tahun (2,163,982 orang).
Secara keseluruhan, PRN itu membabitkan seramai 9,773,571 pengundi dengan Selangor seramai 3,747,057 orang, Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).
Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi PRN dan diadakan serentak di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.
Dengan kos RM420 juta bagi pelaksanaan PRN berkenaan, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai, sehingga 11.59 malam 11 Ogos 2023.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
- Raline Shah si cantik kaya, ada zoo di rumah
- Syed Saddiq ‘bantai’ Adam Adli
- Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k
- Fadhli Shaari ambil video tanpa kebenaran Youtuber, beri gambaran salah
- Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut
- Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan
- Sakit misteri Yantzen sukar dirawat
- Pekerja mall pulangkan RM18,000 dalam troli dipuji
- John Dihani berlagak, Shuib tetap saman
- Asyraf Khalid jawab dakwaan kurang ajar dengan pekerja hotel
- Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?
- Shila Amzah ‘koyak’ pulak
- Jangan Sampai Raisuddin Cari!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri
You must be logged in to post a comment.