OPR kekal 3%
OPR kekal 3%
Bank Negara Malaysia mengekalkan OPR pada 3% selepas menaikkannya pada Mei lalu.
BNM dalam kenyataan berkata berdasarkan tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.
“MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.
“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya.
Menurutnya, MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.
Menurutnya, jawatankuasa itu juga akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.
BNM berkata, ekonomi global terus berkembang didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.
Bagaimanapun, katanya, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi.
“Meskipun pembukaan semula China terus menyokong ekonomi global, kadar pemulihannya menjadi perlahan pada beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya. FMT
OPR kekal 3%
Baca Artikel Menarik:
- Fouziah Gous nafi ‘cuci duit’
- Founder dakwa penyanyi dan pengasas kosmetik pinjam RM150,000 liat bayar hutang
- MP PAS dakwa tiket bas ke Kelantan habis, laman web tunjuk masih ada
- Punca Coco Lee bunuh diri
- Mahathir, Muhyiddin ‘bersekongkol’ untuk jaga harta mereka – Anwar
- ‘Mengapa Pilih Saya? Iqbal Putih, Saya Hitam’ – Inspektor Sheila
- Ira Kazar ‘UP’ Foto Terbaru Di Instagram Selepas Selesai Kes Saman Puteri Sarah
- Elok Annuar Musa ajak anak masuk PAS
- DBP tegur Tengku Zafrul salah eja ‘insya-Allah’
- Mahathir kecam kembali bidasan Syed Saddiq
- 2 jam menunggu, suri rumah kecewa tidak boleh buka akaun bank
- Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang
- Lelaki ‘lunyai’ dibelasah pasukan pengawal timbalan presiden
- Belum sempat ‘bersama’, pengantin perempuan meninggal dunia selepas dinikahkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET