Mahathir kecam kembali bidasan Syed Saddiq
Dr Mahathir Mohamad menuduh Syed Saddiq Abdul Rahman yang pernah dianggap sebagai anak didik bekas perdana menteri itu sebagai ancaman terhadap orang Melayu dan Islam.
Ini selepas presiden Muda itu membidas Dr Mahathir kerana mendakwa orang bukan Melayu mahu menukar nama Malaysia dan mempromosi negara majmuk, sesuatu yang dikatakannya melanggar perlembagaan.
“Sementara Sultan Kedah pun memperingati kita supaya jangan lupa sejarah, Syed Saddiq suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita.
“Dengan itu dengan definisi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu.
“Itulah kesan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara multiracial (majmuk).
“Syed Saddiq okay. Melayu lain tidak okay,” kata bekas ahli parlimen Langkawi pada hantaran di media sosial hari ini.
Pada ciapan di Twitter, Mahathir turut menyertakan video Syed Saddiq berkata Muda akan membawa generasi baru pemimpin Melayu.
Ketika menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) , Mahathir kini berusia 98 tahun bersama-sama Syed Saddiq dalam Bersatu dan mereka berpecah membawa haluan masing-masing susulan keruntuhan kerajaan PH pada 2020 akibat Langkah Sheraton.
Ketika itu, Mahathir menubuhkan Pejuang manakala Syed Saddiq pula menubuhkan Muda.
Pada PRU15 lalu, Muda bekerjasama dengan PH manakala Pejuang menubuhkan gabungannya Gerakan Tanah Air (GTA).
Sementara itu, dalam reaksi segeranya di media sosial, Syed Saddiq berkata apa yang dilontarkannya sebenarnya “ilham Tun sendiri” melalui Wawasan 2020.
“Cabaran Pertama Wawasan 2020 adalah untuk membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
“Perkara visi Tun suatu ketika dulu,” katanya.
Mengakui Mahathir “betul-betul cintakan Bangsa Melayu”, Syed Saddiq berkata Melayu boleh berjaya tanpa perlu mengetepikan bangsa lain.
“Kerana akhirnya kita semua rakyat Malaysia yang saling melengkapi. Yang menghormati dan meraikan kepelbagaian,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
- Raline Shah si cantik kaya, ada zoo di rumah
- Syed Saddiq ‘bantai’ Adam Adli
- Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k
- Fadhli Shaari ambil video tanpa kebenaran Youtuber, beri gambaran salah
- Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut
- Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan
- Sakit misteri Yantzen sukar dirawat
- Pekerja mall pulangkan RM18,000 dalam troli dipuji
- John Dihani berlagak, Shuib tetap saman
- Asyraf Khalid jawab dakwaan kurang ajar dengan pekerja hotel
- Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?
- Shila Amzah ‘koyak’ pulak
- Jangan Sampai Raisuddin Cari!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli
You must be logged in to post a comment.