Cekik mati adik, suspek berubah sikap selepas jadi mangsa buli

Cekik mati adik, suspek berubah sikap selepas jadi mangsa buli

MELAKA: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati di Bukit Piatu, semalam dikatakan berubah sikap selepas menjadi mangsa buli di sekolahnya.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan ketika itu hanya remaja terbabit bersama mangsa yang juga adiknya berusia sembilan tahun berada di rumah.

Bapa remaja itu, Najli Yakob, 42, berkata sikap anak sulungnya yang belajar di sebuah sekolah agama di Alor Gajah itu mula berubah selepas dia dibuli pelajar senior di asramanya.

Dakwanya, anaknya itu dibuli sejak Tingkatan Satu tetapi hanya mendiamkan diri sehinggalah berlarutan ke tahun ini dan semakin teruk sebelum mula mengadu kepadanya dan isteri.

“Dia kerap menelefon ibunya mengadu tetapi awalnya saya sangkakan keadaan biasa budak asrama sehinggalah terdapat kesan kecederaan, kami kemudian mengadu kepada sekolah serta membuat laporan polis.

“Dia mengadu dengan memberitahu dibuli oleh dua rakan senior termasuk dicekik ketika tidur, disimbah air dan juga ditendang selain dipukul,” katanya.

Menurutnya bapa kepada empat anak itu, susulan daripada perubahan sikap, anaknya itu pernah bertindak mencekiknya dan isteri.

“Pernah mengambilnya dari sekolah dan tidak lama selepas tiba di rumah dia tiba-tiba meraung dengan menyebut Subhanallah dalam keadaan mata terbeliak sebelum bertindak mencekik saya, tenaganya ketika itu seakan orang dewasa.

“Disebabkan perubahan sikapnya itu juga, kami biarkan dia belajar di rumah buat sementara waktu selain dalam waktu yang sama, saya dan isteri juga ada membawanya mendapat rawatan,” katanya.

Najli berkata, ketika kejadian dia di Terengganu atas urusan kerja manakala isterinya yang bertugas sebagai jururawat juga sedang bekerja dan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku mereka memantau pergerakan dua beradik itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipantau menerusi telefon bimbit.

“Sebelum kejadian saya ada menelefon sama ada sudah makan atau belum, dia masih seperti biasa dan memberitahu sudah makan.

“Tidak sangka apa yang kami bimbangkan berlaku apabila menerusi rakaman CCTV melihat dia tiba-tiba mencekik adiknya yang ketika itu berada di sofa,” katanya.

Susulan kejadian itu semalam, remaja 14 tahun berkenaan ditahan polis dan dijangka direman pagi ini. BH

Cekik mati adik, suspek berubah sikap selepas jadi mangsa buli

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker