Sebar berita palsu tahap kesihatan Abdul Taib, Astana buat laporan polis

Sebar berita palsu tahap kesihatan Abdul Taib, Astana buat laporan polis

KUCHING: Pejabat Astana Negeri Sarawak, hari ini membuat laporan polis berhubung palsu mengenai tahap kesihatan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang disebarkan di media sosial, semalam.

Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Negeri, Peter Sibon, berkata tiada individu tertentu dinamakan di dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Gita itu.

Menurutnya, ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Saya menerima satu hantaran menerusi aplikasi Whatsapp daripada rakan setugas yang berbunyi `Informatian just received. The white hair of Sarawak is under induced coma in Sarawak general hospital. Expect a public holiday soon’.

“Kemudian banyak laporan berhubung tahap kesihatan Tun (Abdul Taib) berlegar di media sosial dengan ada yang mengatakan Tun tidak sihat, Tun nazak malah ada dakwaan Tun sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis bersama Juruiring kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Superintendan Hamka Mohamad; Ketua Pegawai Keselamatan Astana Negeri Sarawak, Asisten Superintendan Zaim Kamaruzzaman dan Pegawai Tadbir Astana Negeri Sarawak, Ratmawati Sabil, hari ini.

Peter berkata, hantaran itu diterima pada 21 Jun 2023 jam 8.15 malam sebelum berlegar-legar di media sosial.

“Selepas itu, saya dihubungi oleh pihak media untuk mengesahkan kesahihan berita termasuk status kesihatan Tun Taib”, katanya.

Ketika ditanya keberadaan Abdul Taib ketika ini, Peter berkata, beliau sedang bercuti bersama keluarganya.

“Di mana Tun berada kini, kami tidak boleh dedahkan kepada umum, tetapi yang paling utama, keadaannya baik dan sihat,” katanya.

Semalam, Astana Negeri Sarawak menyangkal dakwaan yang tular di media sosial mengenai tahap kesihatan Abdul Taib.

Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri, Juhih Salleh Ahmad dalam kenyataan petang semalam berkata, berita yang tular di platform media sosial itu palsu dan tidak disahkan yang bukan daripada Astana Negeri Sarawak.

“Astana Negeri Sarawak ingin meyakinkan seluruh rakyat Sarawak bahawa Yang di-Pertua Negeri Sarawak sihat dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Justeru katanya, Astana Negeri Sarawak berharap dengan kenyataan itu semua laporan tidak benar dan khabar angin mengenai Abdul Taib dihentikan. BH

Sebar berita palsu tahap kesihatan Abdul Taib, Astana buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker