YouTuber didenda RM2,500 kerana miliki dadah

YouTuber didenda RM2,500 kerana miliki dadah

PETALING JAYA: Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah kondominium di sini, tiga bulan lalu.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, mengenakan denda itu selepas Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan kepadanya.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, Noel Faizal Firdaus didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.68 gram di kawasan parkir di Damansara Perdana, di sini, jam 2.15 pagi, 21 Mac lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama, membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Noel Faizal Firdaus yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman ringan.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh atas faktor kepentingan awam dan kekerapan kes sama yang berlaku. BH

YouTuber didenda RM2,500 kerana miliki dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker