Rohana Jalil makin lemah, jantung boleh berhenti bila-bila masa

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu akibat kebocoran usus berada dalam keadaan lemah, tetapi stabil.
Pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun berkata, Rohana kini diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
“Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
“Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia.
“Rohana sudah tidak kuat untuk melawat penyakitnya. Dia kini diberikan antibiotik memandangkan Rohana tidak boleh makan, jadi hospital memberinya susu melalui tiup supaya ada sedikit tenaga,” kata Jepun kepada BH Online.

Kongsi Jepun, biarpun lemah, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil itu masih boleh memberikan respon, malah memori dan pendengaran penyanyi Rayuanku itu juga masih baik.
“Badannya sangat lemah, tetapi boleh bercakap. Cuma bercakap cara dia, bila tanya soalan, Rohana boleh respon dan masih kenal orang.
“Kadang-kala Rohana minta untuk urut kakinya, ada masanya minta duduk.
“Memandangkan doktor beritahu jantungnya boleh terhenti pada bila-bila masa, jadi hospital meminta ahli keluarga tidak meninggalkannya sendirian.
“Jadi, suami dan anak-anaknya juga sentiasa berada di sisinya,” kata Jepun.
Tambahnya, Rohana masih memerlukan bantuan oksigen kerana mengalami paru-paru berair.
“Sebelum ini, Rohana tiada penyakit seperti darah tinggi atau kencing manis, cuma menghadapi masalah gastrik berpanjangan.
“Selama ini, kami sangka Rohana hanya sakit gastrik dan tidak boleh lewat makan. Ini kerana perutnya akan pedih.
“Tetapi, masalah timbul apabila Rohana langsung tiada selera makan. Selepas dimasukkan ke HCTM pada April lalu, barulah kami tahu Rohana alami kebocoran usus.
“Saya mohon orang ramai agar mendoakan segala urusan Rohana dipermudahkan. Kepada rakan-rakan atau saudara mara yang ingin menziarahinya, bolehlah menghubungi saya.
“Tetapi, kita akan pantau kerana tidak mahu terlalu ramai berikutan kondisi Rohana dalam keadaan lemah,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah
- Di mana songsangnya?
- Ebit Lew pertahan Mondy dari di fitnah netizen Malaysia
- Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
- Inspektor Sheila buat hal lagi, kini telah tangkap Polis [VIDEO]
- Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita
- Doktor Yasmin, si duyung cantik
- Anak pukul mati ibu kerana tegur buat bising
- Dzuleira Abu Bakar letak jawatan
- Gosip kahwin AR Badul, Annie Arifin beri tempoh seminggu
- Anak bini balik kampung tahlil bapa, suami syok dengan perempuan lain di rumah
- Khairy pilih PKR atau BERSATU?
- Pegawai polis viral dikenakan tindakan tatatertib, jalani pemeriksaan mental
- Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat
Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan