Kenyataan MB Selangor dimanipulasi, MUDA perlu matang jangan main politik murahan

SHAH ALAM – Tiada kenyataan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Setiausaha Akhbarnya, Jay Jay Denis berkata, sebaliknya apa yang dinyatakan Amirudin adalah mengenai pendirian dan komitmen PKR yang menganggap Muda sebagai rakan kerja susulan kerjasama dalam PRU15 lalu.

“Apabila ditanya wartawan sama ada PH akan berunding dengan Muda hadapi PRN, Amirudin menjawab ia akan ditentukan oleh PH dengan fahaman PH dan Muda adalah rakan sekerja.

“Amirudin berkata, itu adalah pendirian di peringkat PKR namun perkara itu harus diputuskan oleh Majlis Presiden PH.

“Beliau tidak pasti status rundingan itu kerana beliau bukan ahli Majlis Presiden PH, ” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Muda, Luqman Long yang membidas kenyataan Amirudin berhubung kerjasama antara PH dan Muda bagi PRN Selangor.

Luqman berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi termasuk kawasan yang bertanding.

Jay Jay Denis berkata, kenyataan dikeluarkan itu berunsur fitnah dan perlu diperbetulkan.

Menurutnya, kenyataan dikeluarkan Amirudin juga tidak mewakili parti Muda seperti didakwa.

“Parti Muda janganlah tampilkan sikap tidak matang dan bermain politik murahan dengan mencipta cerita dongeng.

“Kalau nak main politik pun, paling kurang semaklah fakta,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker