Bersuaralah pemimpin UMNO, jangan diam sahaja
Bersuaralah pemimpin UMNO, jangan diam sahaja
RAMAI penyokong tegar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam UMNO terkilan apabila melihat usaha membebaskan beliau daripada hukuman penjara seolah-olah sekadar melepaskan batuk di tangga.
Semangat solidariti bersama Bossku yang hangat membara di dalam Dewan Merdeka semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023 baru-baru ini mula menjadi suam-suam suku.
Mereka tahu bahawa pucuk pimpinan UMNO telah mengemukakan petisyen memohon pengampunan diraja terhadap Najib atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga telah berjanji di hadapan para perwakilan bahawa UMNO akan berusaha sedaya upaya mendapatkan keadilan untuk Najib.
Walaupun segelintir penyokong Najib sangsi dengan janji itu, mereka tetap bersangka baik kerana sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan, Ahmad Zahid mungkin boleh melakukan sesuatu.
Malangnya, mereka terkejut besar semalam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan di Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International.
Penyokong Najib mula hairan kerana apa yang dijelaskan Anwar itu berbeza dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada 6 April lalu.
Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO memberitahu, laporan berhubung pelanggaran kod etika hakim membabitkan Mohd Nazlan telah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Februari lalu.
Kenyataan yang tidak selari antara Anwar dan Azalina itu menyebabkan penyokong Najib di dalam dan luar UMNO tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku.
Majoriti pemimpin UMNO pula kecuali Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil cuma berdiam diri sehingga menyebabkan akar umbi menjadi bingung dan keliru.
Tidak pasti sama ada mereka bersikap demikian kerana menyangka lama kelamaan kemarahan penyokong Najib akan reda dan lupa dengan janji-janji yang ditabur di Dewan Merdeka pada 10 Jun lalu.
Jika pendekatan itu yang diambil, tidak mustahil UMNO akan berdepan krisis keyakinan yang dahsyat daripada ahli-ahlinya sendiri dalam PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi.
Sekarang pun, penyokong setia Najib secara terang-terangan menyatakan mereka tidak akan keluar mengundi sekiranya mereka tidak melihat sesuatu yang konkrit dalam usaha membebaskan bekas Perdana Menteri itu.
Malah, ada yang mengatakan mereka sanggup mengundi parti lawan sebagai simbolik kekecewaan mereka terhadap kegagalan pucuk pimpinan UMNO bersolidariti bersama Najib.
Seperti yang pernah dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib, ahli-ahli parti mahu melihat usaha membebaskan Najib dilakukan secara berterusan dan pada masa yang sama, pucuk pimpinan seharusnya sentiasa berkomunikasi dengan mereka.
Dalam hal ini, jentera penerangan UMNO yang diketuai Azalina sepatutnya lebih giat menjelaskan perkembangan terkini dalam usaha mendapatkan pengampunan diraja terhadap Najib.
Janganlah terlalu bergantung kepada tentera siber upahan yang sering menggunakan pendekatan yang kurang cerdik dengan memperlekehkan ahli-ahli parti yang meluahkan kekesalan terhadap sikap diam membisu pucuk pimpinan. MG
Bersuaralah pemimpin UMNO, jangan diam sahaja
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Seri ‘mafia korporat’ ditahan polis kerana ugut jenayah
- Di mana songsangnya?
- Ebit Lew pertahan Mondy dari di fitnah netizen Malaysia
- Rampas fail dan dokumen dari rumah Hamzah, LHDN tegas tiada siapa lebih besar dari undang-undang
- Inspektor Sheila buat hal lagi, kini telah tangkap Polis [VIDEO]
- Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah cederakan teman wanita
- Doktor Yasmin, si duyung cantik
- Anak pukul mati ibu kerana tegur buat bising
- Dzuleira Abu Bakar letak jawatan
- Gosip kahwin AR Badul, Annie Arifin beri tempoh seminggu
- Anak bini balik kampung tahlil bapa, suami syok dengan perempuan lain di rumah
- Khairy pilih PKR atau BERSATU?
- Pegawai polis viral dikenakan tindakan tatatertib, jalani pemeriksaan mental
- Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat
Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan
You must be logged in to post a comment.