Alya Iman Percaya Dosanya Tidak Lagi Ditanggung Arwah Azmil Mustapha

Alya Iman Percaya Dosanya Tidak Lagi Ditanggung Arwah Azmil Mustapha

Bercakap soal dosa dan pahala, pastinya kita pernah mendengar ada hujah mengatakan bahawa dosa anak perempuan bakal ditanggung sepenuhnya oleh bapa selagi mana dia belum berkahwin.

Begitu juga bagi anak lelaki yang belum mencapai usia baligh. Seandainya di kalangan mereka ada melakukan kemungkaran, maka dosanya akan dipikul oleh bapa hingga mendapat azab di dalam kubur.

Namun begitu, sejauh mana kebenaran hujah tersebut, kerana tiada dalil yang jelas dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakannya.

Jika apa yang diperkatakan itu benar, ini menunjukkan bahawa bapa akan menanggung segala dosa anak-anak mereka keseluruhannya.

Merungkaikan persoalan itu, umum mengetahui bahawa tanggungjawab menjaga dan mendidik anak terletak di atas bahu kedua ibu bapa.

Hal yang demikian kerana, anak anak merupakan amanah yang dianugerahkan Allah S.W.T. supaya manusia dididik menjadi insan beriman dan bertakwa.

Bagaimanapun, menurut sumber sahih, kedua ibu bapa tidak akan lagi dipersoalkan di atas perkara yang dilakukan oleh anak mereka. Ini kerana manusia tidak bertanggungjawab di atas dosa yang dilakukan oleh orang lain.

Berbahas soal itu, baru-baru ini pelakon dan pempengaruh, Alya Iman menegaskan segala perbuatan dan dosanya di dunia ketika ini tidak lagi ditanggung oleh bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha yang sudah meninggal dunia.

Tidak berdiam diri, Alya atau nama penuhnya Alya Ziman Zamil membidas komen seorang netizen dengan mengatakan tugas bapanya di dunia iaitu mendidiknya sudah selesai selepas meninggal dunia.

“Tanggungjawab arwah ayah saya sudah selesai di dunia,” jawabnya ringkas.

Alya berkata demikian bagi membidas beberapa komen netizen yang berpendapat, dosanya tidak lagi bertudung akan terus ditanggung arwah ayahnya di akhirat kelak.

Dalam komen sama, dia turut berkongsi pautan kenyataan Mufti Perlis bertajuk ‘Benarkah Dosa Anak Perempuan Belum Berkahwin Ditanggung oleh Bapa?’

Memetik laporan Kosmo, menerusi pautan tersebut, menurut Mufti Perli, Datuk Dr. Maza, seorang bapa tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh anak sekiranya wanita tersebut telah mencapai akil baligh.

“Dalam Islam, setiap orang yang mukallaf (baligh, berakal dan sampai ajaran Islam secara jelas kepadanya) menanggung dosa sendiri.

“Tidak ada konsep pihak lain menanggung dosa orang lain. Apa yang ada ialah seseorang yang melakukan dosa dengan sengaja akan menanggung dosanya sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, pada 22 April lalu, Alya mengejutkan ramai apabila memuat baik foto dia tidak lagi mengenakan hijab.

Menurutnya, tindakan itu kerana enggan lagi hipokrit dan berpura-pura di depan orang ramai. Mr

Alya Iman Percaya Dosanya Tidak Lagi Ditanggung Arwah Azmil Mustapha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker