‘Tolong lepaskan saya secara baik’ – Pachara Apin
‘Tolong lepaskan saya secara baik’ – Pachara Apin
Shah Alam: “Saya minta Afiq tolong lepaskan saya secara baik untuk saya ‘move on’,” kata isteri pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin, 32.
Pachara berkata demikian ketika hadir pada prosiding permohonan tuntutan fasakh yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, petang tadi.
“Menurut mak, kalau saya kembali kepada Afiq, saya seperti sudah mati kerana saya juga pernah dipukul dan didera Afiq sebelum ini.
Ketika diminta mengulas Afiq yang memfailkan kes nusyuz terhadapnya dengan mendakwa dirinya curang, Pachara menafikannya.
Baca Artikel Menarik:
“Saya ada ramai kawan lelaki tetapi dakwaan curang itu tidak betul,” katanya.
Sementara itu, peguam Pachara, Suriati Ab Ghani berkata, kes Permohonan tuntutan fasakh itu disambung semula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 13 Julai depan.
Pachara diwakili peguam, Suriati Ab Ghani, manakala Afiq pula diwakili peguam, Mohd Yazid Sa’at.
Terdahulu, Pachara difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.
Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.
‘Tolong lepaskan saya secara baik’ – Pachara Apin
Baca Artikel Menarik:
- Afiq simpan bukti dicurangi Pachara
- Nikki Palikat bikin ‘gila’ dalam Panas
- Tiket konsert paling mahal Faizal Tahir habis terjual
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.