PAS ambil dua kerusi Bersatu di Kelantan

PAS ambil dua kerusi Bersatu di Kelantan

PAS Kelantan berkemungkinan akan mengambil dua lagi kerusi milik Bersatu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadikan keseluruhan 39 kerusi daripada 45 kerusi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Abdullah, berkata sebelum ini kedua-dua parti memutuskan PAS bertanding di 37 kerusi dan lapan kerusi ditandingi Bersatu.



“Mungkin akan bertambah (kerusi) PAS di Kelantan. Sebab kita minta supaya daripada lapan kerusi yang dimenangi Umno itu diberikan dua kerusi kepada PAS.

“Setakat ini Bersatu bersetuju dengan cadangan kita iaitu memberi dua kerusi lagi, manakala mereka bertanding di enam kerusi.

“Bagaimanapun keputusan akhir belum diputuskan lagi,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu dilaporkan, pembahagian kerusi PRN Kelantan selesai dan menyaksikan PAS bertanding mempertahankan kerusinya di 37 DUN, manakala Bersatu lapan kerusi.



Sementara itu, Pengerusi Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Noor ketika ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru itu berkata, pihaknya akur dengan pengagihan kerusi tersebut.

“Saya sudah dimaklumkan perkara ini beberapa hari lalu, yang penting adalah kita menang di Kelantan bukannya berebut kerusi siapa yang banyak bertanding” katanya ringkas ketika dihubungi. Mk

PAS ambil dua kerusi Bersatu di Kelantan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker