Curi barang kemas kakak ipar RM90,000, wanita ditahan

Curi barang kemas kakak ipar RM90,000, wanita ditahan

BALIK PULAU: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian barang kemas bernilai lebih RM90,000 milik ahli keluarganya dalam serbuan pada Ahad.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata penahanan wanita berusia 34 tahun itu susulan laporan polis dibuat seorang mangsa yang juga saudara kepada suspek berhubung kehilangan pelbagai barangan kemasnya.

“Mangsa membuat laporan pada Sabtu lepas berhubung kehilangan pelbagai barang kemas miliknya bernilai lebih RM90,000 yang diletakkan dalam beg hitam di dalam almari ruang tamu di rumah ibu mentuanya di Halaman Mayang 6, Bayan Baru.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita itu menyedari barang kemasnya hilang pada 25 Nov lepas dan ia dipercayai dicuri oleh suspek pada 5 Nov, namun mangsa hanya membuat laporan polis pada Sabtu sebelum kami menahan suspek keesokannya (Ahad) di Bayan Baru,” katanya.

Katanya, ekoran penahanan wanita yang merupakan isteri kepada adik ipar mangsa itu, polis merampas 11 helai resit pajak gadai, seutas rantai leher emas anggaran berat 79g dan satu loket emas seberat 26g.

Kamarul Rizal berkata, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan suspek yang sebelum ini berniaga makanan kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Wanita itu sekarang ini sudah tidak berniaga makanan dan berdasarkan siasatan dia (suspek) serta mangsa tidak tinggal sekali namun ada pergi ke rumah ibu mentua mangsa,” katanya. FMT

Curi barang kemas kakak ipar RM90,000, wanita ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker