Keahlian UMNO boleh dimohon dalam talian

Presidennya Zahid Hamidi berkata pindaan itu dibentang untuk diluluskan dalam perhimpunan agung khas esok.

Keahlian UMNO boleh dimohon dalam talian

Permohonan pendaftaran keahlian baharu Umno boleh dilakukan secara dalam talian apabila pindaan perlembagaan parti berhubung perkara itu diluluskan Perhimpunan Agung Khas Umno yang dijadual berlangsung esok.

Presidennya Zahid Hamidi berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti.



“Yang akan dipinda adalah fasal-fasal mengenai permohonan keahlian. Terdapat satu fasal untuk permohonan boleh dibuat secara dalam talian. Apa yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung luar biasa (khas) adalah meminda fasal itu untuk dijadikan peraturan.

“Jadi apabila ia menjadi peraturan, ertinya Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk meminda peraturan-peraturan dari segi permohonan keahlian. Kami permudahkan walaupun selama ini kami telah pun ada permohonan keahlian dalam talian, tapi kami akan mengimprovisasi kaedah permohonan dan kelulusannya,” katanya.

Timbalan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas melawat laman media, sempena Perhimpunan Agung Umno 2023.

Terdahulu, Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah merasmikan pavilion kementeriannya selain meluangkan masa meninjau beberapa reruai agensi di bawah kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia. FMT



Keahlian UMNO boleh dimohon dalam talian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)



Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang



Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker