ICJ beri keputusan majoriti kepada Palestin, arah Israel cegah penghapusan bangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menyampaikan keputusan majoriti yang mengarahkan Israel untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah penghapusan bangsa (genosid) di Gaza.

Menurut laporan British Broadcasting Channel (BBC), 15 daripada 17 panel ahli di The Hague, Belanda, telah mengundi menyokong perintah bahawa Israel mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah penghapusan bangsa di Gaza dan memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan sedemikian.

Ia juga mengarahkan Israel untuk memastikan pemeliharaan bukti tindakan sedemikian dan memberi akses kepada misi pencarian fakta pada masa akan datang.



Dengan 16 undi berbanding satu, ICJ mengarahkan Israel menghukum pihak yang menghasut kepada penghapusan bangsa di Gaza. Semasa membacakan keputusan interim majoriti, presiden mahkamah Joan Donoghue menyorot kenyataan terbuka seperti Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant yang mengatakan bahawa tenteranya memerangi “human animals” dan berikrar akan “menghapuskan segala-galanya”.

Mahkamah juga mengarahkan Israel mengambil tindakan segera untuk memastikan penyediaan bantuan kemanusiaan di Gaza, dan menggesa Hamas membebaskan tebusan yang diculiknya dari Israel pada 7 Okt tahun lepas.

Israel diperintahkan untuk mengemukakan laporan dalam tempoh sebulan mulai hari ini mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan perintah mahkamah.

Walau bagaimanapun, mahkamah tidak mengeluarkan arahan untuk Israel menghentikan operasi ketenteraannya di Gaza, atau memutuskan bahawa berlaku penghapusan bangsa dalam konflik Gaza.



BBC memetik Donoghue berkata bahawa keputusan mengenai dakwaan penghapusan bangsa akan dibuat kemudian, dan keputusan sementara hari ini tidak menjejaskan keputusan akhir mahkamah mengenai perkara itu. BBC berkata keputusan sedemikian mungkin tidak dibuat dalam beberapa tahun akan datang.

Afrika Selatan telah membawa kes itu terhadap Israel pada 29 Dis tahun lepas, selepas ia melancarkan serangan di Gaza.

Dengan berbuat demikian, Afrika Selatan berhujah bahawa Israel telah melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Penghapusan Bangsa, dan menggesa mahkamah PBB untuk mengambil langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin daripada bahaya selanjutnya.

Israel menafikan dakwaan bahawa ia telah melakukan penghapusan bangsa di Gaza.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker