Harga Musang King susut separuh, kini RM126 sekilogram

Buah durian Musang King yang ditanam di Vietnam menyaksikan harganya menjunam separuh di pasaran tempatan sejak dua bulan lalu berikutan lambakan bekalan, lapor portal berita VnExpress semalam.

Satu kilogram durian itu dijual oleh peniaga di Daerah 8 bandar raya tersebut  pada harga 650,000 dong (RM126.71),  turun separuh berbanding awal Mac lalu.

“Terdapat banyak bekalan dari kawasan selatan. Dua tahun lalu,  saya terpaksa memesan seminggu lebih awal, tetapi kini saya boleh mendapatkan bekalan setiap hari,” katanya.

Seorang penjual di Daerah 1 pula mengambil kesempatan untuk membeli lebih banyak durian itu bagi setiap penghantaran di tengah-tengah kejatuhan harga.

“Saya membeli empat kali ganda lebih banyak berbanding Mac lalu,” kata penjual  tersebut.

Di media sosial pula, penjual menawarkan harga rendah yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 700,000 dong (RM136.45) untuk satu kilogram.

Kalangan petani di selatan Vietnam  menjual durian Musang King pada harga sekitar 130,000 (RM25.34) hingga 150,000 dong (RM29.24) untuk 1 kilogram.

Seorang lagi peniaga, Dang Manh Khuong berkata, lambakan bekalan menyebabkan harga durian turun antara 50 hingga 70 peratus sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Musang King Malaysia dianggap sebagai durian terbaik  dunia dan ditanam oleh petani Vietnam di Tanah Tinggi Tengah dan Delta Mekong negara itu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker