Menteri arah Solat Hajat buat kesejahteraan rakyat dan negara esok

Masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta untuk melaksanakan Solat Hajat pada 1 Jun 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga turut diminta untuk melaksanakan Solat Hajat pada tarikh sama untuk memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat.

“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian.



“Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik,” jelasnya dalam satu kenyataan sebentar tadi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari



Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker