Akibat cinta tidak berbalas, wanita warga emas dibunuh

Akibat cinta tidak berbalas, wanita warga emas dibunuh

PORT DICKSON: Seorang wanita warga emas yang ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di rumahnya pada 9 Mei lalu dipercayai dibunuh akibat cinta tidak berbalas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dalam kejadian pada 9 Mei, jam 12.30 tengah hari, polis menemui mangsa berusia 67 tahun tidak sedarkan diri dalam bilik di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang Port Dickson.

“Pembantu Perubatan Hospital Port Dickson mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian di sebuah bilik di rumahnya.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pada 16 Mei lalu, sekitar jam 12.50 tengah malam, polis yang bertindak atas maklumat berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan pembunuhan wanita malang itu.

“Suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun di tahan di sebuah rumah kampung di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Aidi Sham berkata, kertas siasatan mati mengejut juga sudah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, motif pembunuhan disebabkan cinta tidak berbalas.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan sudah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 302 KK dan suspek juga akan turut dituduh di bawah Seksyen 411 KK,” katanya.

Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson esok. BH

Akibat cinta tidak berbalas, wanita warga emas dibunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker