Pak Nil nak buka restoren di Madinah

Pak Nil nak buka restoren di Madinah

Pengalaman mengerjakan ibadat umrah baru-baru ini menerbitkan rasa rindu kepada pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi untuk kembali ke Tanah Suci.

Bagaimanapun, ibarat serampang dua mata, kali ini, Aznil atau lebih akrab disapa Pak Nil mahu mengintai peluang membuka perniagaan makanan di Madinah, selain membeli hartanah yang menjadi impiannya selama ini.

“Saya baru pulang dari menunaikan umrah, baru-baru ini. Apa yang saya dapati sama ada di Madinah atau Makkah, agak sukar untuk kita dapat makanan Melayu.

“Apa yang banyak dijual di sana adalah makanan Arab dan Indonesia. Jadi, saya pasang impian membuka restoran masakan Melayu di sana dan lokasi pilihan adalah Madinah.

“Ini hanyalah sebahagian daripada cita-cita saya. Sekurang-kurangnya, apabila saya kongsi hasrat saya ini, ia akan membakar semangat untuk menjadikannya suatu kenyataan.

“Prosedurnya bukan mudah, namun, saya sedang berusaha menguruskan projek ini. Insya-Allah, kalau ada rezeki, teringin membeli rumah di sana. Doakan saya,” katanya kepada BH Online.

Ditanya apakah dengan perancangan itu Aznil mahu berhijrah ke Arab Saudi, bekas pengacara program Akademi Fantasia (AF) ini mengaku perkara itu pernah difikirkan.

Bagaimanapun, Aznil menjelaskan hasrat itu terpaksa dilupakan kerana tidak sampai hati meninggalkan keluarga di tanah air.

“Pada usia 61 tahun, rasanya sudah tidak ada apa lagi yang perlu saya kejar. Wang ringgit dan populariti bukan lagi jadi keutamaan.

“Kalau diikutkan, saya teringin hendak menetap di Tanah Suci. Namun, saya masih ada anak dan adik-beradik di sini.

“Kalau ada rezeki dan hasrat untuk mengusahakan perniagaan makanan di sana menjadi kenyataan, rasanya saya akan berulang-alik,” katanya ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan veteran tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama selebriti anjuran Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selain Aznil, selebriti lain yang turut memeriahkan acara itu adalah Datuk Amy Search, Hafiz Hamidun, Nabila Huda dan Bob Yusof.

Beralih kepada perkembangan kerjaya, Aznil berkata, tumpuannya lebih kepada mengendalikan program bercorak motivasi, selain membimbing pengacara baharu.

“Saya sudah memperlahankan kerjaya saya di depan televisyen (TV). Fokus saya lebih kepada memberi semula kepada masyarakat.

“Baru-baru ini, saya jalin kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Tugas saya adalah pergi ke sekolah anak tentera untuk menyampaikan ceramah motivasi.

“Sepanjang tiga dekad berada dalam industri, saya boleh berbangga kerana meninggalkan legasi yang boleh menjadi penyambung kerjaya saya dalam bidang pengacaraan.

“Antara bekas anak didik saya yang boleh dibanggakan adalah Neelofa, Zizan Razak, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.

“Setiap kali melihat mereka beraksi dan melaksanakan tugas dengan baik, saya akan hantar mesej peribadi memuji mereka.

“Ketika ini, saya sedang membimbing Hawa Rizwana. Saya hendak ubah dirinya daripada imej pembaca berita yang serius kepada santai,” katanya. BH

Pak Nil nak buka restoren di Madinah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker