PU Syed – Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?

Disoal Netizen

PU Syed – Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?

PU Syed - Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?
PU Syed – Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?

Sebut sahaja nama pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed, pasti ramai yang mengetahui pelbagai isu yang dibangkitkan olehnya termasuklah isu penganjuran konsert kumpulan muzik terkenal dari United Kingdom, Coldplay yang bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada 22 November ini.

“Kau Berani Ke Tegur Datuk Siti Sebab…”

Terkini, PU Syed disoal oleh seorang netizen yang dikenali sebagai @Hans Adie sama ada pendakwah bebas ini berani memberikan teguran terhadap penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dikatakan menggayakan pakaian yang ketat serta mengikut bentuk badan.

“PU, kau berani ke tegur Datuk Siti sebab pakai ketat ikut bendtuk badan?.

Kau berani ke tegur kumpulan Dolla juga?.”-soal netizen kepada PU Syed

Netizen Selar PU Syed “Memilih” Artis Banyak Haters?

Menyifatkan pendakwah bebas ini bersikap “memilih” artis yang banyak haters , netizen berkenaan turut menyelar PU Syed tidak berani menegur artis tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza serta kumpulan DOLLA yang mempunyai penyokong yang terlalu ramai.


Baca Artikel Menarik:

Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”


“Kau lebih memilih artis yang banyak haters, Yelah kalau Datuk Siti, DOLLA kan banyak supporters mana kau berani hahaha.”-selar netizen

Tidak berdiam diri, PU Syed memberi respon di media sosialnya dengan berpendapat netizen tersebut ‘terlalu bersemangat dalam memberikan komen kepadanya.

“Budak mana tak tahu, semangat sangat komen 😅.”-Kata PU Syed

PU Syed - Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?

 

PU Syed – Adakah Berani Tegur Siti Nurhaliza Didakwa Pakai Pakaian Ketat?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker