Hannah Delisha posing mendada
Nasi lemak nak tunjuk kat siapa ramai tak senang
Hannah Delisha posing mendada
Sedang ditayangkan di televisyen, aktres, Hannah Delisha kian mendapat tempat di hati peminat menerusi drama lakonannya, Andai Itu Takdirnya.
Bagaimanapun, pelakon itu kini sedang dilanda kontroversi setelah memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya.
Tampil manis bertudung, ramai yang tidak senang melihat cara Hannah berpakaian saat mempromosikan baju ‘sweatshirt’ keluarannya.
Mengenakan tudung singkat, posing Hannah yang ‘mendada’ juga telah mendedahkan bentuk badan wanita itu dengan jelas.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan gambar yang dimuat naik oleh Hannah itu.
Baca Artikel Menarik:
- Liyana Jasmay berisiko hidap kanser
- Yasmin Hani dinasihat kahwin segera dengan Alif Hadi
- Tolonglah bayar – Norlia Ghani
Puteri Sarah akui sudah ‘move on’, kini sibuk tawaran kerja di Jakarta
Bukan sahaja tidak sopan, Hannah juga didakwa tidak mengikut perintah agama yang menuntut wanita untuk melabuhkan tudung hingga menutupi dada.
Dipenuhi dengan pesan nasihat, ada juga individu yang memberi komentar pedas kepada wanita yang berusia 27 tahun itu.
“Jangan jadi bodoh. Pakai tudung elok dah, nasi lemak nak tunjuk dekat siapa,” komen seorang pengguna yang tidak dapat menahan sabar.
“Labuhkan tudung, longgarkan seluar. Sama-sama kita berubah ya.” Nasihat seorang peminat yang prihatin dengan pelakon itu.
Terdahulu, Hannah pernah mendedahkan bahawa dirinya sukar beristiqamah sejak memutuskan untuk berhijab tiga tahun lalu.
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.” Katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Tash Yong, Boss Kay dah nikah Ramadan lalu
- Hairul Azreen Naik Motor ‘Pick Up’ Hanis Zalikha Balik Kerja
- Sondol rumah tangga Farid, ini kata Ahirine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.