Tolonglah bayar – Norlia Ghani

Penat kerja, tak dapat hasil .

Tolonglah bayar – Norlia Ghani

Pelakon veteran, Norlia Ghani meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah stesen televisyen (TV) yang didakwa masih belum melunaskan bayaran untuk projek drama bersiri yang dijayakannya sebelum Ramadan lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagaram (IG), Norlia yang cukup popular menerusi watak Joyah dalam drama bersiri, Opah berharap belas stesen TV terbabit supaya dapat menjelaskan bayaran walaupun sedikit.

“Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja dibuat sebelum bulan puasa, tetapi hari raya pun dah habis.

“Harap adalah bayaran walaupun sedikit,” tulis Norlia.

Dalam pada itu, Norlia turut membandingkan sistem pembayaran stesen TV berkenaan dengan stesen lain yang didakwa lebih profesional dan menepati janji.

“Apakah stesen terbabit tak ada duit, sedangkan stesen lain cepat saja selesaikan bayaran. Penat kerja, tak dapat hasil,” luahnya.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut pelakon itu meluahkan rasa simpati terhadap nasib pelakon veteran itu.

Malah, ada juga yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab stesen TV berkenaan yang didakwa menganiaya artis veteran.

Sebelum ini, isu yang sama pernah disuarakan pelakon senior, Fauziah Nawi yang menganggap masalah bayaran lewat pelakon dan pekerja di belakang tabir umpama barah yang terus merebak.

Sehubungan itu, Fauziah berharap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dapat membela nasib penggiat seni teraniaya. BH

Tolonglah bayar – Norlia Ghani

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker