Resepi kek buah kukus istimewa

Resepi kek buah kukus istimewa

Penggemar kek rugi kalau tak cuba resipi ini. Resipi kek buah kukus istimewa ini memang sedap dan mudah disediakan. Makan sekali pasti nak lagi. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN

500 gm tepung gandum
300 gm mentega
500 gm buah campuran
125 gm gula halus
125 gm gula perang
1 sudu besar esen vanila
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil krim tartar
4 biji telur gred A

CARA MENYEDIAKAN

1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2.Ambil sedikit tepung gandum, gaulkan dengan buah campuran. Ia bertujuan agar buah tidak mendap ke bawah nanti. Ketepikan.
3.Pukul mentega, gula halus dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
4.Kemudian masukkan soda bikarbonat dankrim tartar, pukul sebati.
5.Diikuti dengan tepung gandum sedikit demi sedikit.
6.Selepas itu, masukkan buah campuran tadi. Perlahankan pukulan dan sebatikan semua adunan.
7.Ambil loyang, alaskan dengan kertas minyak. Tuangkan adunan kek buah.
8.Kukus selama 4 jam tetapi jangan lupa, setiap satu jam pastikan anda melihat air kukusan jangan sampai kering. 9.Apabila sudah masak, biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong, agar kek tidak pecah.

Mudah saja cara nak buat kek buah kukus ini. Jom cuba. Utv

Resepi kek buah kukus istimewa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker