Tash Yong, Boss Kay dah nikah Ramadan lalu

Tash Yong, Boss Kay dah nikah Ramadan lalu

Pelakon dan pengacara, Tash Yong, 33, mengaku sudah bernikah dengan lelaki pilihannya, Khaireel Azlee Abdul Aziz atau lebih dikenali, Boss Kay pada Ramadan lalu di luar negara.

Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli berkata, dia tidak berhasrat merahsiakan perkahwinan itu, namun ada beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu, termasuk perancangan majlis resepsi pada November depan.

“Alhamdulillah, syukur saya dan suami, Boss Kay sudah selamat bernikah pada Ramadan lalu. Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami dan tiada niat pun sebenarnya mahu merahsiakan perkahwinan ini.

“Cuma, kami simpan dulu cerita perkahwinan sehingga masa sesuai dan majlis resepsi nanti. Tapi, kami faham sebagai individu yang aktif di media sosial sudah tentu membuat orang tertanya-tanya status perhubungan kerana sering memuat naik video dan foto bersama.

“Kami harap dengan pengakuan ini, semuanya sudah jelas. Mohon maaf juga kerana kami tidak berkongsi lanjut mengenai perkahwinan kerana ia urusan peribadi. Cukuplah kami sudah mengaku sudah bernikah dan sekarang suami isteri yang sah,” katanya.

Ditanya juga status suaminya yang pernah mempunyai dua isteri sebelum ini, Tash berkata, Boss Kay sudah pun bercerai dengan kedua-dua isterinya. Katanya, dia tidak mahu mengulas lanjut.

“Mohon hormati keputusan ini dan mendoakan yang baik-baik saja. Kami percaya, segala doa dan kata-kata baik yang diberikan itu akan berbalik juga semuanya kepada kalian semula. Terima kasih,” katanya.

Baru-baru ini menerusi hantaran video di Instagram Story, Tash ada memaklumkan dia dan suami bersyukur apabila akaun TikTok miliknya berjaya juga mendapatkan ‘canting biru’ kerana sudah menunggu lama.

Sejak itu, status hubungannya dan Boss Kay mula diperkatakan tetapi mereka mengambil tindakan berdiam diri dan meneruskan aktiviti di media sosial bersama-sama seperti biasa.

Bagaimanapun, Tash berkata, sekarang mungkin masa sesuai untuk mereka menjelaskan mengenai perkahwinan itu. Katanya, mereka juga faham pengakuan dibuat mungkin akan berdepan pelbagai kecaman selepas ini.

Tash dan Boss Kay yang dikenali sebagai TikTok Guru pada kalangan TikToker berkenalan pada hujung tahun lalu dan hubungan mereka menjadi rapat pada tempoh yang singkat, sekali gus saling mengenali antara satu sama lain. HM

Tash Yong, Boss Kay dah nikah Ramadan lalu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker