Tertekan, mahasiswa cuba terjun banggunan universiti di Shah Alam

Tekanan akibat gagal mencapai sasaran dalam pengajian dipercayai punca seorang penuntut lelaki cuba terjun dari bangunan sebuah universiti di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu melibatkan lelaki tempatan berusia 20 tahun yang mencetuskan gempar di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita mendakwa berlaku kejadian cubaan terjun di bangunan itu.



Katanya, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang juga pelajar dipercayai mengalami tekanan kerana gagal mencapai sasaran ditetapkan bagi pencapaian dirinya dalam pengajian.

“Mangsa dikatakan mengalami masalah psikiatri sejak tiga tahun lalu dan masih menerima rawatan di Subang Jaya sehingga kini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Mohd. Iqbal, kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. –



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker