Lambat siapkan makanan dipesan, pelanggan serang pekerja restoran

 

Lelaki itu menyerang pekerja restoran yang berada di belakang kaunter. – Fox Business

Seorang pelanggan sebuah restoran di Washington, Amerika Syarikat (AS) mengamuk apabila hidangan taco yang dipesannya tidak dimasak dengan pantas, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang pekerja wanita Restoran Chipotle memberitahu laman berita Fox 5 bahawa pelanggan itu bertindak ganas selepas cuba merampas taco dari tangannya.

β€œDia cuba merampasnya (taco), namun gagal sebelum saya membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudian menjadi marah,” kata pekerja itu yang enggan identitinya didedahkan.

Rakaman kejadian memaparkan pelanggan tersebut cuba merampas kotak makanan ketika pekerja itu cuba menghidangkannya.

Setelah pekerja tersebut membuang taco ke dalam tong sampah, lelaki itu mula melempar barang ke arahnya.

Pekerja itu menutup mukanya daripada terkena barangan yang dilempar sebelum melarikan diri ke pintu belakang restoran. Tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian.

Menurut Polis Metropolitan, pegawai yang bertindak balas diberitahu bahawa lelaki itu menjadi marah kerana dia merasakan makanannya tidak disediakan dengan pantas.

Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki skuter sewa, demikian laporan polis yang diperoleh Fox Business. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker