KDN rampas jam tangan ‘LGBT’ melalui 11 serbuan di butik Swatch

 

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu 11 butik Swatch minggu lalu dengan merampas koleksi jam bertema warna pelangi dari “Pride Collection” jenama itu, menurut laporan media.



Menurut laporan The Edge, serbuan dilakukan pada 13 dan 14 Mei di butik-butik Swatch di pusat beli belah, antaranya Pavilion KL, One Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, dan Suria Sabah.

Lima butik di pusat beli belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru, dan Kuching diberi amaran.

Serbuan itu dilaporkan susulan warganet mengaitkan koleksi berkenaan dengan sokongan kumpulan rock Britain, Coldplay, terhadap masyarakat lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).

Coldplay dijadualkan mengadakan konsert pertama di Malaysia pada November. Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS mendesak supaya konsert itu dibatalkan atas alasan menggalakkan budaya hedonisme dan songsang.



CEO Kumpulan Swatch Nick Hayek Jr berkata, syarikat itu telah lama dikenali kerana meraikan pelbagai lapisan masyarakat menerusi jam tangan yang “berwarna-warni dan menyeronokkan”.

“Kami menyangkal pendapat koleksi jam kami, yang menggunakan warna pelangi dengan mesej keamanan dan kasih sayang, mampu membahayakan sesiapa. Ia tidak bersifat politik,” katanya menurut laporan itu.

“Kami tertanya-tanya bagaimana bahagian kawalan dan penguatkuasaan KDN akan merampas pelangi indah yang semula jadi muncul ribuan kali setahun di langit Malaysia.”

The Edge melaporkan, Swatch sedang merayu kepada KDN supaya jam yang dirampas dipulangkan.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker