Esma Daniel Akui Bukan Satu Keputusan Mudah

Nikahi Wanita Beza Umur 23 Tahun

Esma Daniel Akui Bukan Satu Keputusan Mudah

Semalam, pelakon, Esma Daniel selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Nuratira Mazlan, 31, sekali gus menamatkan zaman duda yang digalasnya sejak enam tahun lalu.

Esma Daniel Akui Bukan Satu Keputusan Mudah

Bukan keputusan mudah

Esma Daniel Akui Bukan Satu Keputusan Mudah

Memetik Harian Metro, Esma berkata, untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bukan satu keputusan yang mudah, bagaimanapun bersyukur dengan aturan dan jodoh yang telah ditetapkan Tuhan.



Syukur kepada Allah SWT, saya sekali lagi mengakhiri zaman duda apabila dipertemukan jodoh dengan isteri, Nuratira Mazlan. Saya berdoa agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan.

Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini. Jadi, untuk berkahwin semula bukan satu keputusan yang mudah. Tapi, Alhamdulillah hubungan kami juga mendapat restu keluarga.

Dalam pada itu, ayah kenapa lapan cahaya mata itu berkata dia terbuka hati untuk memperisterikan Nuratira kerana wanita itu sesuai untuk dirinya selain memahami karier sebagai seorang pelakon.


Baca Artikel Menarik:

Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya




Terdahulu, Esma dan Nuratira sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Mazlan Abd Malik di kediaman mereka di Kajang, Selangor.

Pada majlis tersebut, Esma menyerahkan sebentuk cincin emas bertatah berlian kepada pihak perempuan dan mas kahwin RM300, sementara lima dulang hantaran oleh pihak lelaki.

Untuk rekod, Esma pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sherie Merlis, pada 1992, namun mereka bercerai pada 1997. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki.



Esma kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Nitra Sari Omar pada 2002, namun bercerai pada 2016 dan dikurniakan enam cahaya mata.


Baca Artikel Menarik:

Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana selamat jalani pembedahan Supernumerary

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker