Everest kini kehilangan salji, lebih kering dan berbatu

Everest semakin kehilangan salji dan bertukar menjadi lebih kering dan berbatu.

Pendedahan itu dibuat pendaki Britain, Kenton Cool pada Sabtu yang melakukan pendakian kali ke-17 sekali gus mencipta rekod peribadi baru-baru ini.

“Jika anda kembali semula pada awal pertengahan tahun 2000, kawasan itu masih dilitupi salji tebal. Kini, permukaannya berubah dari tahun ke tahun.

“Saya tidak pernah melihat kejadian runtuhan batu seperti yang berlaku di Lhotse Face, sepanjang laluan ke puncak sebelum ini,” kata Cool, 49, yang pertama kali menawan puncak itu pada 2004.

Menurutnya, keadaan itu jelas menunjukkan betapa keringnya permukaan Everest sekarang.

“Ia mungkin berpunca daripada kurangnya taburan hujan atau salji. Ia juga mungkin impak daripada pemanasan global dan perubahan alam sekitar,” ujarnya.

Keadaan itu bagaimanapun tidak akan menghentikan Cool melakukan ekspedisi sama pada masa akan datang kerana dia mahu kembali semula pada 2024.

Sebelum ini, saintis iklim mendakwa suhu bumi telah meningkat secara purata 0.74 darjah Celsius sejak lebih 100 tahun lalu, namun pemanasan di sekitar banjaran Himalaya adalah jauh lebih tinggi berbanding purata global.

Difahamkan, suhu purata di Nepal telah menyaksikan peningkatan sebanyak 0.06 darjah Celsius setiap tahun berikutan kedudukannya antara China dan India yang merupakan dua negara pencemar paling besar di dunia. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker