Isteri Virgoun buka purdah

Alasan mahu bekerja persediaan sebelum jadi janda

Isteri Virgoun buka purdah

Isteri Virgoun buka purdah
Inara mahu kembali aktif bekerja.

KETIKA kemelut rumah tangga masih belum berkesudahan, isteri kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat keputusan untuk tidak lagi memakai niqab atau purdah.

Dalam satu sidang media yang berlangsung pada Khamis, Inara kembali melepaskan bahagian yang menutupi separuh muka itu atas alasan supaya dapat kembali bekerja.

Kata Inara, 30, yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Bexxa, keputusan tersebut dibuat demi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak.

“Terus-terang saya mengalami pergolakan rumah tangga yang amat dahsyat. Walau apa pun yang berlaku saya tetap akan berjuang demi anak-anak.

“Sekarang saya mahu hidup sendiri dan bekerja demi anak-anak. Aku harus membuka niqab,” katanya.

Dia sebelum itu telah mendapatkan pandangan beberapa orang yang arif dalam bidang agama tentang hal tersebut.

 

Isteri Virgoun buka purdah
Virgoun memfailakn cerai terhadap Inara pada awal April lalu.

Tambah Inara dia juga tidak pernah ambil peduli dengan kecaman yang bakal diterima susulan mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam dunia seni.

“Semoga netizen tidak buruk sangka kerana saya berjuang demi anak-anak. Jika dibuli netizen juga tiada erti buat saya,” jelasnya.

 

Isteri Virgoun buka purdah


Baca Artikel Menarik:

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker