Goreng ‘uri beranak’ isteri dan makan bersama, pelakon buat kerja gila

Wong dan isterinya berkongsi hidangan plasenta goreng. – Mothership

Seorang pelakon tempatan berkongsi klip video dia menggoreng plasenta atau uri isterinya untuk dimakan selepas wanita itu melahirkan anak mereka, lapor laman berita Mothership semalam.

Benjamin Wong memuat naik video itu di laman Instagram bersama kapsyen: “Melahirkan anak adalah sukar, jadi dikatakan cara terbaik untuk memulihkan badan adalah dengan memakan plasenta. Ini adalah cara mudah untuk memasak plasenta.”

Benjamin menunjukkan kemahiran memasak dengan mendokumentasikan cara dia menggoreng plasenta isterinya.

Dia mula mencuci organ itu dan mengeluarkan selaput kelabu yang menutupi plasenta.

Selepas itu, dia memotongnya menjadi kepingan sebelum memasukkannya ke dalam air mendidih. Dia merebus semula kepingan plasenta selepas menukar air.

Benjamin kemudian menyediakan sayur-sayuran untuk digoreng bersama plasenta.

Setelah siap dimasak, dia memberi isterinya sekeping plasenta goreng sebelum memakannya.

Apabila menggigit plasenta itu, Benjamin mendapati ia ‘sedap’, manakala isterinya berpendapat ia ‘hanyir’.

Isteri Benjamin mencubanya buat kali kedua dan menganggapnya ‘agak sedap dan rangup’. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker