Wanita bertudung bincang isu seks di media sosial akhirnya tampil mohon maaf

Tangkap layar perkongsian wanita itu di media sosial.

Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf selepas kandungan berunsur lucah yang dibuat olehnya di satu kumpulan Telegram tular dan mendapat kecaman orang ramai.

Wanita tersebut melalui satu hantaran di Facebooknya berkata, dia memohon maaf kerana perkongsiannya yang melampau itu telah menimbulkan kekecohan.

“Saya memohon jutaan maaf atas kesilapan juga kekhilafan daripada pandangan saya yang telah menimbulkan kekacauan dan ketidakselesaan antara kita.

“Apa yang berlaku itu adalah suatu pengajaran dan pertanggungjawaban ke atas diri saya,” katanya.



Katanya, apa yang dilontarkan itu hanyalah pendapat dan pandangannya sendiri.

“Apa yang telah saya lontarkan sama ada dalam Facebook mahupun grup, adalah pendapat dan pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.

“Semoga permohonan maaf ini dapat menjernihkan tanggapan dan suasana tidak kondusif antara warga di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Kepada Allah saya memohon ampun, kepada Rasulullah saya mengharap syafaat, kepada kalian saya memohon maaf,” ujarnya.



Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah kumpulan Telegram diwujudkan bagi berkongsi kisah seks dalam rumah tangga.

Susulan itu juga, wanita tersebut bakal dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau turut mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker