Kalau haram, jangan datang, duduk surau – Baby Shima

Kalau haram, jangan datang, duduk surau – Baby Shima

BABY Shima secara sinikal menempelak golongan yang menentang keras penganjuran konsert Coldplay di Malaysia.

PETALING JAYA – Setiap kali ada artis ternama antarabangsa ingin mengadakan konsert di Malaysia, pasti ada sahaja bantahan tanda protes daripada golongan ekstremis agama yang tidak bersetuju dengan penganjuran acara sedemikian.

Pengumuman kumpulan Coldplay ke Malaysia yang dijadualkan bertandang ke Kuala Lumpur pada 22 November bersempena siri jelajah, Music Of The Spheres World Tour turut memperlihatkan senario serupa.

Terpanggil menyatakan pendirian, penyanyi Baby Shima berpendapat, sesiapa yang berasakan konsert tersebut sebagai sesuatu yang bersifat haram di sisi agama, adalah lebih baik tidak datang untuk menonton.



“Konsert di Malaysia tiada masalah pun. Siapa nak tengok, pergi tengok. Siapa yang kata haram, jangan datang. Duduk rumah, duduk surau. Apalah susah sangat, hidup itu pilihan,” coret penyanyi dangdut itu menerusi Instagram

Ujar Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli hidup ini mudah dan didatangkan dengan pilihan.


Baca Artikel Menarik:

Baby Shima sokong, PU Syed rasa bimbang




Pelantun lagu Pura Pura Bujang itu turut menempelak pendekatan digunakan segelintir golongan pandai agama yang seperti kata bidalan, kuman di seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak.

“Kalau bab artis laju je nak tumpang. Kena puak sendiri, senyap seribu bahasa.

“Dia dan puak-puak dia yang selalu keluar fatwa #walaun,” tulisnya lagi menerusi InstaStory.

Terdahulu, pendakwah bebas PU Syed membantah penganjuran konsert Coldplay dan menyifatkan kedatangan kumpulan terbabit tidak memberi manfaat kepada ummah.



Katanya Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak budaya hedonisme atau hiburan dalam masyarakat perlu dihentikan.


Baca Artikel Menarik:

Anwar mahu hubungannya dengan Hadi kembali pulih


Kunjungan sulung Coldplay ke Kuala Lumpur November nanti turut mendapat bantahan daripada pemimpin PAS, Nasrudin Hassan.



Menurutnya, vokalis utama Coldplay, Chris Martin merupakan seorang menyokong gaya hidup songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) hanya kerana mengibarkan bendera pelangi pada salah satu siri konsertnya sebelum ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Ryan Bakery bolosi 3 pencalonan ABPBH 35



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker