Ahirine – Tuduhan ‘penyondol’ jejas nama baik
Ahirine sedih orang cakap buruk gara-gara post gambar dengan Farid Kamil
Ahirine – Tuduhan ‘penyondol’ jejas nama baik
KETIKA kemelut rumah tangga pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi bualan, nama pelakon Ahirine Ahirudin turut terkena tempias apabila dikatakan sebagai orang ketiga.
Menafikan segala tuduhan yang dilemparkan, Ahirine, 27, berkata dakwaan tidak benar yang tersebar itu juga telah mencemarkan nama baiknya sebagai seorang pelakon baharu.
“Saya hanya kongsi gambar berdua untuk mempromosikan filem lakonan kami (bersama Farid). Tetapi orang menilai mengikut kemahuan mereka.
“Memang rasa down apabila ada yang bercakap buruk. Ia menjejaskan imej selain menimbulkan satu persepsi lain terhadap saya.
“Namun saya juga percaya ia memberi satu pendedahan kepada saya. Apa pun saya kena hadap kerana ini asam garam dunia hiburan,” katanya kepada mStar.
Baca Artikel Menarik:
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
Pelakon Remp-It 2 ini ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Kata Ahirine dia juga terkejut apabila mendapat tahu mengenai keretakan rumah tangga Farid dan Diana dan berharap semuanya dapat diselesaikan secara baik.
Memang rasa down apabila ada yang bercakap buruk. Ia menjejaskan imej selain menimbulkan satu persepsi lain terhadap saya. – AHIRINE AHIRUDDIN (PELAKON)
“Saya dan Farid hanyalah kawan. Kami hanya berhubung secara profesional jika ada training Muay Thai atau lumba motor kerana itu minat bersama.
“Saya sendiri terkejut mereka mahu berpisah. Ini satu perkara yang besar dan kesian kepada anak-anak. Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.
Sebelum ini Ahirine menjadi sasaran kecaman netizen apabila dia berkongsi gambar bersama Farid sehingga dia dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga aktor berkenaan.
Baca Artikel Menarik:
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
Sementara itu bercakap tentang pencalonan dalam ABPBH35, Ahirine meluahkan rasa syukur apabila menjadi calon top 20 bagi kategori Aktres Filem Popular.
Ahirine kesal namanya terpalit dalam kemelut rumah tangga Farid.”Saya teruja, gementar dan takut. Dalam masa sama rasa cukup bersyukur kerana ini adalah satu pencapaian buat saya.
“Apalagi Remp-It 2 meruapakan filem pertama lakonan saya. Ini semua adalah atas sokongan 2000 orang dalam kelab peminat saya,” jelasnya.
Malam kemuncak ABPBH35 akan berlangsung pada 21 Julai ini dengan bertemakan Ekspresi Legasi Seni dan bersiaran secara langsung di TV3.
Ahirine – Tuduhan ‘penyondol’ jejas nama baik
Baca Artikel Menarik:
- Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Mark Adam hampir dibunuh, enggan kecoh kes ditipu kontraktor
- Ibu pengantin menangis apabila bekas kekasih menyanyikan lagu sedih dimajlis perkahwinan [VIDEO]
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET